Wednesday 13 March 2013

LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
“SEDERAP MENJEJAK PERUBAHAN”
ANJURAN JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

Tarikh           :25 Januari 2013
Hari                : Isnin
Masa              : 2.30 – 4.30 petang
Tempat          : Dewan Tertutup, SK Gopeng, TGB
Sasaran         : 67 orang murid

      Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah menganjurkan Program Motivasi Tahun 6 “ Sederap Menjejak Perubahan” 2013  dengan kerjasama  Unit Bimbingan dan Kaunseling seperti ketentuan di atas. Program telah disertai seramai 67 orang  murid Tahun 6 dari tiga buah kelas iaitu Kelas Dinamik, Bestari dan Gemilang. Program ini telah dikendalikan oleh enam orang motivator yang berpengalaman dari seluruh daerah negeri Perak.
 
      Program ini telah dimulakan jam 2.30 petang dengan kata-kata aluan dari guru bimbingan SK Gopeng, Taman Gopeng Baru selaku juruacara majlis yang mengalu-alukan kehadiran para kaunselor seterusnya menerangkan tentang latar belakang murid-murid Tahun 6 yang merupakan sasaran program ini. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi ceramah “ Rahsia Kecemerlangan Pelajar” yang telah disampaikan oleh Encik Naufal iaitu kaunselor di JPN Perak. Beliau telah mengupas tajuk kecemerlangan dan mengaitkan dengan situasi murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
 
      Selain itu, beliau turut menekankan serta mengingatkan murid-murid tentang tujuan hidup setiap manusia di dunia ini antara lain untuk kepentingan diri sendiri, untuk keluarga, ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa dan negara. Beliau juga turut mengaitkan kejadian manusia di dunia ini yang lahir daripada persaingan  dan setiap daripada manusia di dunia ini adalah juara dalam persaingan tersebut.Murid-murid juga diinasihatkan agar menghargai ibu bapa yang berkorban tenaga dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak demi menjamin kecemerlangan dalam hidup.Selain itu, murid-murid juga diingatkan agar menjaga hubungan dengan Tuhan dan menjaga solat agar hidup diberkati dan memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
 
      Encik Naufal juga menasihatkan murid-murid agar tidak mengata guru-guru yang banyak mengajar dan mendidik kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan manfaat dan menyebabkan ilmu yang diperolehi tidak berkat. Selain itu, murid-murid diingatkan agar menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya agar tidak memudaratkan diri dan menggunakannya untuk mencipta kecemerlangan diri.
 
      Seterusnya, selesai sesi ceramah Encik Naufal, sesi aktiviti dalam kumpulan (LDK) telah diadakan jam 3.30 petang. Sebanyak enam kumpulan seramai 11 orang setiap kumpulan telah dibentuk dan dikendalikan seramai enam orang motivator menjalankan aktiviti kumpulan dengan tajuk masing-masing secara lisan. Terdapat pelbagai tajuk yang dibincangkan antaranya ialah “Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Diri” dan “ Panduan Kecemerlangan”. Murid-murid telah menjalankan perbincangan sesame ahli kumpulan dengan bimbingan motivator masing-masing dalam keadaan yang santai dan menghiburkan. Program Motivasi Tahun 6 ini telah ditamatkan jam  4.30  petang untuk bersurai.
 
Laporan disediakan oleh,
 
(NOR FAZILA BINTI YAHYUDDIN)
Guru Bimbingan,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru.

 SESI ICEBREAKING
 
 PESERTA MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA FASILITATOR
 
 GELAGAT FASILITATOR BERSAMA PARA PESERTA
 
 PESERTA BERSEMANGAT MENGIKUTI PROGRAM
 
CERAMAH MOTIVASI OLEH EN. NAUFAL, KAUNSELOR NEGERI, JPN PERAK
 
 

No comments:

Post a Comment