Wednesday 13 March 2013

LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN ORIENTASI KENDIRI TAHUN 1
SESI 2013

Tarikh             : 17 Januari 2013
Hari                : Khamis
Tempat           : Dewan Terbuka
Sasaran           :  81 orang

                Pada  17 Januari 2013 yang lalu bertempat di Dewan Tertutup SK Gopeng, Taman Gopeng Baru  bersamaan hari Khamis, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan satu program orientasi kendiri khusus  untuk murid-murid Tahun 1. Program Orientasi Kendiri ini telah diadakan  bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Seramai  81 orang murid dari tiga kelas iaitu kelas Dinamik, Bestari dan Gemilang telah  hadir mengikuti program orientasi ini  yang disampaikan oleh  guru pembimbing Puan Nor Fazila Yahyuddin dan dibantu oleh guru-guru Tahun 1 iaitu Puan Fazilah Ismail dan Puan Rosimah Pandak Udin.( Pn Fuziah tidak hadir)

            Program dimulakan dengan taklimat pengurusan diri yang menyentuh berkaitan dengan pengurusan harian diri murid-murid dari segi kekemasan berpakaian serta peraturan sekolah yang berkaitan. Murid-murid diingatkan tentang cara-cara menjaga kebersihan serta kekemasan diri dengan mengutamakan sikap berdikari dalam mengurus diri berdasarkan boring senarai semak pengurusan diri yang telah diedarkan. Seramai tiga orang murid diminta tampil ke hadapan bagi menunjukkan contoh murid-murid yang kemas berpakaian agar menjadi ikutan kepada yang lain.

            Seterusnya, murid-murid diingatkan dengan disiplin dalam bilik darjah iaitu tentang cara-cara atau adab-adab berhadapan dengan guru. Antara lain menekankan tentang penggunaan gnti nama diri yang sesuai iaitu menggunakan “saya” bila bertutur dengan guru. Begitu juga dengan pengucapan-pengucapan yang lazim digunakan di dalam kelas seperti “Assalamualaikum cikgu”, “Selamat pagi cikgu”, “ Terima kasih cikgu”. Murid-murid diingatkan bahawa pengucapan tersebut akan selalu digunapakai di dalam kelas mahu pun di sekitar sekolah bila berhadapan dengan guru-guru dan kawan-kawan.

            Tidak ketinggalan juga, murid-murid diingatkan tentang tatacara semasa perhimpunan seperti disiplin ketika menyanyikan lagu “Negaraku”, adab ketika berdoa dan tatacara ketika membaca ikrar.

            Program diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan iaitu murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut warna kad yang telah diedarkan iaitu merah jambu, kuning, biru, hijau dan oren. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 10 orang sekumpulan. Ini bagi memupuk semangat berpasukan serta memudahkan mereka mengenali kawan-kawan baru tanpa mengira kelas.

            Seorang ketua telah dilantik bagi mengetuai kumpulan dan bertindak mengenalpasti rakan-rakan sekumpulan yang lain.Setiap ketua akan tampil ke hadapan dan diminta menyebut seberapa ramai nama kawan yang boleh diingatinya. Hasilnya, kumpulan kuning menjadi johan kerana Berjaya mengingati kesemua nama ahli kumpulannya.

            Hasil  daripada interaksi dalam kumpulan ini telah menimbulkan suasana yang seronok dan kelihatan semangat untuk memenangi aktiviti ini jelas kelihatan pada setiap kumpulan. Diharap program yang singkat ini akan meninggalkan impak yang berpanjangan dan yang penting menimbulkan suasana yang kondusif  dalam pembelajaran mereka.

Disediakan oleh,

(NOR FAZILA YAHYUDDIN)
Guru Bimbingan,
SK Gopeng, Tmn Gopeng Baru

 MURID TAHUN 1 BERSEDIA UNTUK MENGIKUTI ORIENTASI

 WAJAH CERIA MURID TAHUN 1

 AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

MURID BERBARIS MENYANYIKAN LAGU "NEGARAKU"

No comments:

Post a Comment