Saturday 31 January 2015

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

2 - 6 Februari 2015

GURU BERTUGAS

En. Khatib Bin Mohamed
Pn. Nor Fazila Binti Yahyuddin
Pn. Fadzillah Binti Ismail
Pn. Nor Azurawati Binti Yusoff
Pn. Norhanita Binti Saadudin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Nor Aisah Binti Ariffin
(Penolong Kanan HEM)

SELAMAT BERTUGAS

BERITA

TAHNIAH!!


MALIM NAWAR - Pasukan Merentas Desa SK Gopeng, Taman Gopeng Baru telah berjaya mendapat beberapa tempat teratas di dalam Pertandingan Merentas Desa MSSD Kinta Selatan Kali ke-15 bagi Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan. Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Malim Nawar, Perak. Berkat ketabahan menempuh cabaran sejauh 3.2 km, mereka terus unggul mendahului peserta-peserta dari sekolah lain. Mereka yang berjaya ialah Muhammad Haikal Azrin Bin Mahathir - Naib Johan Kategori B12 (L), Hani Binti Rosdi - Johan Kategori B12 (P) dan Hetty Sarlene Binti Mat Sani - Naib Johan Kategori B12 (P). Mereka akan mewakili MSSD Kinta Selatan ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Perak pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Syabas dan tahniah diucapkan!

Thursday 22 January 2015

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

26 - 30 Januari 2015

GURU BERTUGAS

En. Norsahizal Bin Nordin
Cik Nor Azlina Binti Hashim
Pn. Norwati Binti Yusof
Pn. Nurul Nadiyah Binti Md Yusuf
Pn. Haniza Binti Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ahmad Rodi Bin Mohamed Zainuddin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

SELAMAT BERTUGAS
 

Friday 16 January 2015

MAKLUMAN

Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka kaunter di sekolah pada :

Tarikh :
Selasa / 20 Januari 2015

Masa :
12.00 tengahari

Tempat :
Dewan Terbuka,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru

A. Dokumen yang perlu dibawa untuk membuka akaun baru ialah :

i) 1 Salinan Mykid / Surat Beranak
ii) Wang RM10.00

B. Untuk tujuan simpanan, murid hanya perlu membawa wang dan buku simpanan.

MAKLUMAN

Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP RM100
akan diagihkan pada ketetapan berikut :

Tarikh :
Selasa / 20 Januari 2015

Masa :
12.00 tengahari

Tempat :
Dewan Terbuka,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru

*Ibu bapa diminta membawa bersama Kad Pengenalan Diri untuk memudahkan proses pengagihan peruntukan itu nanti. Harap maklum.


AKTIVITI SEKOLAH

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM
KALI PERTAMA SESI 2015

TARIKH :
Rabu / 21 Januari 2015

MASA :
2.00 - 4.30 petang


GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

19 - 23 Januari 2015

GURU BERTUGAS

En.Ismail Bin Yusoff
Pn. Hjh. Rohana Binti Zakaria
Pn. Faridah Binti Tajuddin @ Bakar
Cik Syafiqah Nawiyah Binti Suhimi
Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Salamiah Binti Ahamad
(Penolong Kanan Kokurikulum)

SELAMAT BERTUGAS!

Thursday 8 January 2015

AKTIVITI SEKOLAH

MINGGU TRANSISI TAHUN 1
SESI 2015

TARIKH :
12-23 Januari 2015

PENYELARAS :
Pn. Norwati Binti Yusof


GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

12 - 16 Januari 2015

GURU BERTUGAS

En. Muhammad Ismail Mohsein Bin Harun Na'aemi
Pn. Rosimah Binti Pandak Udin
Pn. Mazurah Binti Masood
Pn. Nor Fazila Binti Yahyuddin
Pn. Noor Emiliya Binti Abd. Lateh

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

SELAMAT BERTUGAS!


DARI MEJA GURU BESAR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Yang Berusaha
Penolong-penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Tanggal Isnin, 12 Januari 2015 bersamaan 21 Rabiul Awal 1436 Hijriyyah menandakan permulaan sesi persekolahan baru. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua murid, khususnya yang baru memasuki alam persekolahan darjah satu.

Sesungguhnya perjuangan dan perjalanan kalian dalam proses pembelajaran masih jauh. Jika habis air tujuh lautan digunakan sebagai tinta untuk menulis segala butiran ilmu pengetahuan, nescaya masih belum mencukupi. Kita semua hendaklah menyedari bahawa dalam kesempatan usia yang cuma sebentar di dunia yang fana ini, keupayaan pemerolehan ilmu seseorang sangatlah terhad.

Justeru, kita hendaklah menghormati para ilmuan dalam segala bidang, termasuk guru-guru di sekolah. Walaupun maklumat boleh diakses dengan mudah di hujung jari, iaitu sekadar menekan papan kekunci komputer, pembelajaran di bilik darjah masih tidak boleh diganti dengan cara lain yang lebih berkesan. Bilik darjah ialah dunia kecil para pelajar untuk menerokai, menyaring dan mengorganisasi ilmu yang telah disusun berdasarkan keperluan kurikulum, nilai, dan aplikasi kehidupan di dunia sebenar.

Guru dan murid-murid yang dihormati,

Saya ingin mengajak murid-murid supaya berfikir sejenak tentang tujuan anda datang semula ke sekolah. Mengapakah anda sanggup bersusah payah bangun pagi membersihkan diri semata-mata untuk berkejar ke sekolah? Apakah yang menarik di sekolah kita?

Anda boleh sahaja memilih untuk melayan mata, iaitu tidur semahu-mahunya, atau bersengkang mata di hadapan skrin televisyen dan komputer. Hakikatnya murid-murid berkorban meninggalkan keselesaan di rumah masing-masing, sebaliknya bersesak-sesak di bilik darjah, di kantin dan di pusat sumber sekolah. Berbaloikah pengorbanan anda?

Sebagai muris yang bijak laksana, anda pasti telah menetapkan objektif yang jelas sebelum hadir ke sekolah saban hari. Alangkah ruginya jika setelah sehari suntuk di sekolah, anda balik dengan tangan kosong ke rumah. Sebarang bentuk pembaziran bakal merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, pembayar cukai dan negara. 

Sebenarnya pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaan isi pelajaran semata-mata. Pembelajaran tersembunyi (hidden curriculum) dari segi etika, sahsiah, sikap, keperibadian, perawakan, penampilan, kerja berpasukan dan keberanian menyatakan pendapat ialah antara elemen-elemen modal insan utama yang diterapkan dalam sesi pembelajaran. penggemblengan bakat murid-murid juga sangat dititikberatkan di sekolah.

Guru dan murid-murid yang dimuliakan,

Segala aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah akhirnya menjurus kepada pembelajaran. Maka, di samping mengikuti pembelajaran formal di bilik darjah, murid akan dibimbing menyertai kegiatan koakademik, kokurikulum dan sukan. Murid berpeluang mengasah bakat kepimpinan, interaksi, protokol dan meraih pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. 

Pencapaian sesebuah sekolah sangat bergantung kepada penglibatan murid dalam segala bidang yang saya sebutkan sebentar tadi. Bagi menjayakan semua aktiviti sekolah, saya menyeru supaya semua murid, tanpa kecuali, memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi agar kita semua berjaya menikmati hasil pembelajaran yang diharapkan. Tunjukkan tahap disiplin yang tertinggi dalam penyertaan semua aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2015 kelak, Insya-Allah.


Terima kasih atas perhatian anda. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


WAN PATIMAH BINTI WAN ZAKARIA

GURU BESAR
SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU

SESI PERSEKOLAHAN 2015