BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ORGANISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2023/24


PENGERUSI
MOHD KAMAL BIN WAHIDIN (GURU BESAR)


NAIB PENGERUSI
ABDUL WAHAB BIN MAN (PK HEM)


SETIAUSAHA
WAN SHARIZA BINTI WAN ZAINAL ABIDIN

AJK
GURU KELAS TAHUN 1 - TAHUN 6



FALSAFAH
Bahawasanya setiap  murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

VISI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

MISI PERKHIDMATAN
  • Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ) , emosi yang tinggi ( EQ) , dan berakhlak mulia ( SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO PERKHIDMATAN

Informasi, Kecemerlangan, Kesejahteraan


OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
  1. Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
  2. Kemahiran belajar.
  • Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
  1. Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
  2. Ujian psikometrik.
  • Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:
  1. Program psikososial.
  2. Program kesejahteraan mental.
  • Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui:
  1. Konsultasi keibubapaan.
  2. Kaunseling keluarga.
  • Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-
  1. Pendekatan Keluarga Cemerlang
  2. Pembentukan Jati Diri 
  3. Sekolah Bebas Dadah
  • Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-
  1. Mengenal Diri Dan Potensi Diri
  2. Kemahiran Kepimpinan
  3. Kehidupan Bermasyarakat
  4. Penyelesaian Masalah

PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
  • Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
  • Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
  • Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
  • Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
  • Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
  • Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
  • Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
  • Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
  • Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.



No comments:

Post a Comment