Saturday 29 September 2012

NEWS

Coming Soon…. A new Virtual learning Environment (VLE) at SK Gopeng, Taman Gopeng Baru (SKGTGB). SKGTGB will soon be getting Frog - the next generation learning platform. The Frog system is widely regarded as one of the most innovative learning platforms available and will give you the opportunity to gain greater access to resources and information and allow you to play a more active role in school. There will be far more for you to do as students and parents, with news feeds, access to timetables and revision resources, a virtual planner, online clubs and much more.

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
8-12 Oktober 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Nur Hafizah
Pn. Nur Azlina
Tn. Syed Andy Fazrin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Rukun Negara : Kesopanan dan Kesusilaan"



Monday 24 September 2012

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PERKHEMAHAN INTEGRASI BADAN BERUNIFORM 2012

Pada 21-23 September 2012 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Gopeng Taman Gopeng Baru telah menganjurkan satu perkhemahan di luar kawasan sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kem Hanifa, Gopeng, Perak. Seramai 114 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5, dan 6 telah menyertai  aktiviti perkhemahan ini. Perkhemahan yang bermula pada jam 3.00 petang itu dimulakan dengan aktiviti memasang khemah dan membersihkan kawasan oleh murid-murid. Selain dari aktiviti berkhemah, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah aktiviti senaman, jungle tracking, latihan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, aktiviti dalam kumpulan (ADK), persembahan kebudayaan, BBQ, sukan paintball dan blind walk. Aktiviti perkhemahan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan dan kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan, pihak RELA, PIBG, Briged KRS bimbingan En. Ramli B. Ahmad Rozali, semua jurulatih Kem Hanifa dan juga Bapak Khalil, pemilik Kem Hanifa. Perkhemahan berakhir pada 23 September, jam 1.00 petang. Majlis penutupan dirasmikan oleh Yang Berbahagia YB Dato' Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin (DPCM,PMP,DSM,ASDK), Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir pada majlis penutupan ialah Yang Berusaha Kapt. Dr. Haji Ahmad Damanhuri Bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pn. Hjh. Shariffah Hafidzah Binti Meor Hassan, Guru Besar SK Gopeng Taman Gopeng Baru. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas komitmen, sumbangsaran dan kerjasama yang diberikan. Kejayaan program di luar sekolah yang dianjurkan pada kali ini membuktikan warga SKGTGB mampu melakukan yang terbaik. Syabas!

Aktiviti mendirikan khemah

Aktiviti dalam kumpulan (ADK)

Aktiviti jungle tracking

Latihan memadam kebakaran oleh JPAM

Guru-guru dan staf bekerjasama memasak

Sukan paintball

Tetamu VIP yang hadir

Photographer : Cik Roslina Binti Hassan Basri
   

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
1-5 Oktober 2012

GURU BERTUGAS
Cik Roslina
Pn. Erni
En. Mohd Shah Rizal

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Ingat sebelum kena"



MUTIARA KATA

"Jika suatu saat fikiranmu diliputi kekalutan, atau hatimu dibayangi kesedihan, atau keluarga dan hartamu meninggalkanmu, maka jangan sekali-kali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah s.w.t. telah mempersiapkan di sebalik itu kebaikan yang banyak bagimu..."

Friday 14 September 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
25-28 September 2012

GURU BERTUGAS
En. Norsahizal
Pn. Zuraina
Pn. Hjh. Asiyah

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ramli Bin Ahmad Rozali
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Tumpuan 100% ketika belajar"



TAZKIRAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah." (Riwayat At-Tirmidzi)

Huraian Hadith

1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Larangan Meminta-minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.


AKTIVITI SEKOLAH


Saturday 8 September 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
17-21 September 2012

GURU BERTUGAS
En. Ahmad Juahir
Pn. Haniza

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Persediaan menghadapi peperiksaan"


UPSR


Saturday 1 September 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
10-14 September 2012

GURU BERTUGAS
En. Azrol Hakimi
Pn. Rosimah
Cik Nor Azura

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Syukur dan Sabar"



TAHUKAH ANDA?

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.