PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Gopeng, 
Taman Gopeng Baru,
31600 Gopeng, 
Perak Darul Ridzuan

NAMA GURU BESAR


EN. MOHD KAMAL BIN WAHIDIN

GRED SEKOLAH
A (Bandar)

KOD SEKOLAH
ABA 9001

DAERAH
KINTA SELATAN

E-MAIL
aba9001@moe.edu.my

NO. TELEFON
05-3595922

NO. FAKS
05-3597103

JATA NEGARA




Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan. Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. 
    
Bahagian sebelah kiri perisai menandakan Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka mewakili Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat suatu ketika dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih adalah warna Pahang; merah dan kuning adalah warna Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Dua ekor harimau juga merupakan lambang bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LENCANA SEKOLAH


PERISAI
Ketahanan mental dan fikiran dalam menghadapi cabaran

PADI
Berbudi dan sikap rendah diri

MOTO
"ILMU SULUH KEHIDUPAN" menunjukkan pentingnya ilmu dalam menentukan kehidupan masa hadapan

MERAH
Keberanian dan kegigihan

PUTIH
Suci dan bersih pemikiran, perkataan dan perbuatan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. 


VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.


PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dengan penuh tekad dan ikhlas berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan usaha kami untuk melaksanakan program pengajaran dan pembelajara yang terkini berdasarkan budaya ilmu yang diredhai Allah bagi memenuhi kehendak murid, ibu bapa, masyarakat dan negara.


SLOGAN
"Bersama Ke Arah Perak Gemilang"


LAGU SEKOLAH

SKG nama diberi
Pusat ilmu kebanggaan kami
Maju jaya sahsiah terpuji
Menjadi misi dan visi kami

Ilmu sebagai penyuluh hidup
Menjadi tiang teguh berpaut
Ke puncak kecemerlangan
Sentiasa di hadapan

c/o

Guru dan murid berganding bersama
Realisasikan impian semua
Usaha ke arah wawasan negara

Guru dan murid berganding bersama
Senantiasa menaburkan jasa
Demi agama bangsa dan negara
SKG terus cemerlang

Pencipta lagu : En. Wooi Sin Ha
Pencipta lirik : Pn. Nur Zieana Binti Zainuddin



IKRAR SEKOLAH

Kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Gopeng dengan ini berikrar ;
Sebagai rakyat Malaysia
Dengan penuh kesedaran dan kesyukuran berikrar
Akan sentiasa memberi serta menumpukan
Taat setia yang tidak berbelah bagi
Kepada Negara Malaysia yang kami cintai.
Kami juga berikrar akan sentiasa menjunjung
Prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa.


BUDAYA SEKOLAH

Kecemerlangan Akademik
- Ilmu dan amal kejayaanku -

Kecemerlangan Kokurikulum
- Bergerak cemerlang bersama -

Peningkatan Disiplin
- Disiplin tanggungjawab kita -

Bimbingan dan Kaunseling
- Indahnya diriku -

Keceriaan Sekolah Pengurusan Kelas
- Bersih dan indah amalanku -

Kebersihan Kelas
- Kelasku penantian kejayaanku -


INFRASTRUKTUR SEKOLAH
  •     19 Bilik Darjah Perdana
  •     2 Kelas Prasekolah
  •     1 Bangunan Pendidikan Khas
  •     1 Makmal Komputer
  •     1 Pusat Akses
  •     1 Makmal Sains
  •     1 Bengkel Kemahiran Hidup
  •     1 Bilik Muzik
  •     1 Surau
  •     1 Bilik Pendidikan Islam
  •     1 Bilik J-QAF
  •     1 Bilik Pemulihan Khas
  •     1 Pusat Sumber
  •     1 Bilik Tayangan
  •     1 Stor Sukan
  •     1 Bilik Guru
  •     1 Pejabat Sekolah
  •     1 Bilik Gerakan
  •     1 Bilik Operasi Peperiksaan
  •     1 Bilik BBM
  •     1 Bilik Pendidikan Moral
  •     1 Bilik Kaunseling
  •     1 Bilik Operasi SPBT
  •     1 Kedai Buku
  •     2 Stor Perkebunan
  •     1 Dewan Terbuka
  •     1 Dewan Tertutup

No comments:

Post a Comment