Thursday 26 April 2012

CUTI SEKOLAH

CUTI HARI PEKERJA
SELASA / 1 MEI 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
30 April-4 Mei 2012

GURU BERTUGAS
Cik Nor Azlina
Pn. Nor Fazila
En. Ahmad Redzuan

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Menghormati rakan"



MUTIARA KATA

"Setumpul-tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam..Oleh itu jangan di sangka sebodoh-bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran..."

Wednesday 18 April 2012

AKTIVITI SEKOLAH

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
TAHAP 1 DAN 2 SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN
TAHUN 2012

TARIKH : 
SELASA / 24 APRIL 2012

TEMPAT : 
SK GOPENG, TMN. GOPENG BARU

MASA :
8.00 PAGI

(*Semua warga SKGTGB dijemput hadir)

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
23-27 April 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Nurul Nadiyah
Pn. Mazurah
En. Khatib

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Membaca jambatan ilmu"



SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA

HARI BUMI

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

SEJARAH HARI BUMI

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


CUTI SEKOLAH

CUTI HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

MUTIARA KATA

"Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa, kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat..."

Tuesday 10 April 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
16-20 April 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Nor'Asikien
Pn. Rohana
Pn. Vanaja

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pemangku
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Menjaga kemudahan yang disediakan di sekolah"



TAZKIRAH

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU KITA IKUTI
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut : Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kepada diri : mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Hak kepada malaikat maut : mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dzalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH
  • Hak kepada kubur : membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat) : menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat) : membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka) : menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • Hak kepada Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wednesday 4 April 2012

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

LAPORAN 
PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN
MSSD DAERAH KINTA SELATAN

TARIKH
27.3.2012
HARI
Selasa
TEMPAT
SMK Sentosa

PENGURUS PASUKAN
Cik Hermalina Bt. Adnan
JURULATIH
Cik Faridah Bt. Tajuddin @ Bakar
PENGADIL
Pn Rohana Bt. Zakaria

LALUAN KEJUARAAN

Johan Kumpulan D
SK Gopeng TGB vs St. Paul ( 16 – 1)
SK Gopeng TGB vs SK Gopeng Jln Ilmu (11-3)

Pusingan Kedua (Suku Akhir)
SK Gopeng TGB vs SK Seri Jaya ( 9 - 8 )
SK Gopeng TGB vs SK Bernadette’s ( 7- 6 )

Perlawanan Akhir
SK Gopeng TGB vs SK Tualang Sekah ( 13 – 10 )
S
Senarai Nama Pemain
1.   Nur Ilya Hanani bt. Razman (GA / Kapten)
2.   Nurul Najihah bt. Abdul Hamid (GS)
3.   Nor Abidah bt. Ahmad Rozuki (C)
4.   Asmawati A/P Bah Dadu (WA)
5.   Zulaika bt. Mohd Zain (WD)
6.   Nurul Athirah bt. Tarmizi (GD)
7.   Emylia bt. Nor Azlan (GK)
8.   Nur Syahirah Huda bt. Hasnan
9.   Nur Iman Syazwani bt. Malek
10. Nureen Naziera bt. Anuar
11. Syaqira Haniesa bt. Khaizadli
12. Nur Irdina bt. Zairul Hisham

Pada 27 Mac 2012 ( Selasa) Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB telah menyertai pertandingan Bola Jaring MSSD Daerah Kinta Selatan yang berlangsung di SMK Sentosa, Kampar. Seramai 12 orang pemain telah mewakili SK Gopeng TGB dalam pertandingan tersebut.

Sebanyak 18 pasukan bola jaring yang mana terdiri daripada sekolah-sekolah rendah di Daerah Kinta Selatan telah mengambil bahagian pada pertandingan tahun ini. Pasukan-pasukan ini telah di undi kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan A ,B,C,D,E dan F. SK Gopeng TGB telah diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama dengan SK St. Paul daan SK Gopeng Jalan Ilmu.

Pada peringkat kumpulan, SK Gopeng TGB telah berjaya menjadi johan kumpulan D setelah mencatatkan kemenangan dengan menewaskan SK St.Paul ( 16 - 1 ) dan SK Gopeng Jalan Ilmu ( 11 – 3 ). Seterusnya SK Gopeng TGB telah layak ke peringkat kedua suku akhir yanga mana pasukan yang layak telah diundi kepada dua kumpulam iaitu kumpalan X dan Y. SK Gopeng TGB telah diletakkan di dalam kumpulan Y bersama-sama SK Seri Jaya dan SK St Bernadette’s. Pada laluan suku akhir ini pasukan bola jarring SK Gopeng TGB telah menewaskan SK Seri Jaya dengan ( 9 - 8 ) dan SK St Bernadette’s ( 7 - 6 ) sebelum layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan SK Tualang Sekah ( 13 – 10 ).

Seramai 6 orang murid SK Gopeng TGB, telah terpilih untuk ke pemilihan wakil Daerah Kinta Selatan yang akan diadakan pada akhir bulan April. Mereka yang terpilih ialah Nor Abidah bt. Ahmad Rozuki, Nur Ilya Hanani bt. Razman , Emylia bt. Nor Azlan dan Nurul Athirah bt. Tarmizi, Zulaika bt. Mohd Zain dan Nurul Najihah bt. Abdul Hamid.

Disediakan oleh :

(Cik Faridah Binti Tajuddin @ Bakar)

Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB

Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan

Meraikan detik kemenangan bersama Pn. Rohana Binti Zakaria

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Guru Besar SK Sentosa

 Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB diraikan bersama Pn Hajjah Salmiah Rahmatul Laila bt. V. Shaik Dawood dan En. Mohd Yusniza b. Mohd Redzuan

Pasukan Bola Jaring bergambar bersama Pn. Guru Besar , PK Kokurikulum dan guru-guru

Tuesday 3 April 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
9-13 April 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Hjh. Hasnah
Pn. Norhanita
Pn. Farah Juliana

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Eratkan perpaduan"