PELAKSANAAN JQAF
1. PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan
idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa
lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003.
Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui
satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.Program j-QAF telah dilaksanakan
secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai
2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun
2005.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah
suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam
pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di
peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum
serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan
untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan
murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini
dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam
sekolah rendah akan
dapat:
a. menguasai bacaan dan
tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa
Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan
menghayati amalan fardu ain.
4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi
lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada
supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah,
Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan
dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment