PANDUAN MICROSOFT ONEDRIVE










KELEBIHAN MENGGUNAKAN STORAN AWAN (SKYDRIVE)

1.Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)
•Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

2.Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer
•Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

3.Kebolehcapaian fail yang meluas.
•Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet. 
  
4.Kebolehpercayaan data penyimpanan
• Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'.
• Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting. Satu di komputer dan satu lagi di awan.
• Website menggunakan secured connection https. 

5.Ruang storan yang tiada had
• Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang tiada had.

6.Mengurangkan kos
•Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain.
•Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
•Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian.
•Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.
•Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga.
•Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

7.Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah
•Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna.
•Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

8.Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah
• Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

No comments:

Post a Comment