SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH 
SK GOPENG, TMN. GOPENG BARU

Dibuka dalam tahun 1907 dengan nama Sekolah Kebangsaan Gopeng. Ia dibina dengan beratapkan nipah dan berdindingkan bertam bertiangkan batu rendah. Bilik darjahnya disekat dengan skrin. Kawasannya tidak berpagar dan tiada padang.

Ia dibina berhampiran pekan Gopeng. Pada awalnya ia hanya dibekalkan dengan meja guru, kerusi guru dan papan hitam sahaja, tanpa kerusi dan meja murid. Guru besar pertamanya ialah Cikgu Alang. Beliau dibantu oleh Cikgu Mat Embong dengan murid ketika itu seramai 30 orang.

Dalam tahun 1930, sebuah rumah guru telah dibina berhampiran sekolah tersebut manakala atap sekolah telah diganti dengan genting dan dindingnya diganti dengan papan. Pada peringkat awalnya kelasnya terdiri daripada darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Selepas pemerintahan Jepun, darjah 6 mula dibuka.

Dalam tahun 60an sebuah sekolah baru telah dibina kira-kira 1.5 km dari pekan Gopeng. Dengan persetujuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gopeng dan Government English School serta lembaga pengurus kedua-dua sekolah tersebut, bangunan baru itu diserahkan kepada Government English School (SK Gopeng Jalan Ilmu sekarang) manakala bangunan lama sekolah tersebut diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Gopeng yang kemudiannya dijadikan sekolah pusat manakala sekolah asalnya dijadikan sekolah cawangan.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Gopeng sekarang adalah bangunan baru yang terletak kira-kira 0.5 km dari pkan Gopeng di atas tapak seluas 3e 2r 24p dengan bantuan Bank Dunia sebanyak RM 800,000.00. Bangunan baru itu mula dibina pada pertengahan tahun 1988 dan digunakan sepenuhnya pada bulan Ogos 1989. Ia terdiri daripada dua blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin, padang bola, padang bola jaring serta gelanggang sepak takraw dan badminton. Bangunan sekolah lama telah diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pada masa ini telah dijadikan Pusat Giat Mara, Gopeng. Bangunan sekolah baru ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru kerana kedudukannya bersebelahan dengan kawasan perumahan Taman Gopeng Baru.

Pada tahun 2002, siap dibina sebuah makmal komputer. Mulai pertengahan tahun 2003 pula sebuah bangunan 4 tingkat siap dibina di atas tapak padang bola jaring. Sekarang tersergam  gagah tiga blok bangunan Sekolah Kebangsaan Gopeng dengan pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan.


KEISTIMEWAAN SEKOLAH


  • Kedudukan strategik di atas bukit sangat sesuai untuk pembelajaran.
  • Kemudahan prasarana yang serba lengkap.
  • Mendapat perhatian dan kepercayaan pelbagai pihak kerana pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan koakademik.
  • Menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti peringkat zon dan daerah.
  • Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan PIBG dan masyarakat setempat.


PELAN LOKASI SEKOLAH



SENARAI NAMA GURU BESAR
SK GOPENG TMN. GOPENG BARU

Bil
Nama Guru Besar
Dari
Hingga
1
En. Alang bin Ismail
1913
1926
2
En. Shaharudin bin Said
1927
1929
3
En. Ahmad bin Gambong
1930
1935
4
En. Mohd Akim bin Abu Samah
1936
1941
5
En. Mohd Dali bin Tajid
1945
1950
6
En. Yub bin Manan
1951
1952
7
En. Othman bin Abu Bakar
1953
1955
8
En. Tambi bin Zainal
1955
1959
9
En. Hj Zainal Abidin bin Mutalib
1959
1969
10
En. Bakhtiar bin Said
1969
1974
11
En. Bahari bin Mohd Nor
1974
1979
12
En. Tn. Hj. Mohd Ali bin Ibrahim
1980
1984
13
En. Said bin Jamik
1984
1987
14
En. Othman bin Mohd Nor
1987
1992
15
En. Adnan bin Buyong
1992
1993
16
En. Kasim bin Abd.Razak
1993
1999
17
Tn. Hj.Syed Aris bin Syed Isa
1999
2000
18
En. Hamdan bin Mohd Nor
2000
2002
19
Pn. Jamaliah bt Zamri
2002
2003
20
Pn.Hjh. Salmiah Rahmatullaila bt V.Shaik Dawood
2003
2012
21
Pn.Hjh Shariffah Hafidzah bt. Meor Hassan
2012
2013
22
Pn. Wan Patimah bt. Wan Zakaria
2013
2017
23
En. Zailan Bin Khalid
2018


No comments:

Post a Comment