Tuesday, 28 February 2012
Monday, 27 February 2012
GURU BERTUGAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TARIKH
5 Mac-9 Mac 2012
GURU BERTUGAS
Cik Roslina
Pn. Erni
En. Mohd Shah Rizal
PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)
TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
KATA PUJANGGA
"Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.."-Saidina Abu Bakar r.a-
Wednesday, 22 February 2012
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN 2012
TARIKH
18 Februari 2012
HARI
Sabtu
MASA
8.00 – 5.00 petang
SASARAN
109 orang
(Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas)
TEMPAT
Dewan Tertutup, SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru
Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Gopeng, Taman Gopeng Baru telah menganjurkan Kursus
Kepimpinan 2012 dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, Unit Disiplin dan
Pengawas seperti ketentuan di atas. Program telah disertai seramai 109 orang
golongan pemimpin cilik sekolah dan dikendalikan seramai 11 orang guru.
Kursus
sehari ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid iaitu Encik Zamhuri bin Tasir sebagai taklimat awal kepada para
peserta kursus. Seterusnya, sesi diteruskan dengan slot yang pertama iaitu
taklimat mengenai Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin yang telah disampaikan
oleh kaunselor sekolah iaitu Puan Nor Fazila binti Yahyuddin. Dalam slot ini,
para peserta telah didahkan tantang cirri-ciri pemimpin, gaya kepimpinan serta
peranan seorang pemimpin. Slot beliau tamat pada pukul 10.15 pagi.
Pada jam 10.15 pagi, para peserta telah dilepaskan untuk
menikmati sarapan pagi di kantin sekolah sebelum diteruskan dengan slot 2 yang
telah disampaikan oleh Encik Shah Rizal tentang tajuk ciri-ciri pemimpin dan
etiket pengucapan umum.
Seterusnya, pada pukul 12.00 tengah hari, murid-murid
dilepaskan untuk menikmati makan tengah hari dan bersiap untuk solat Zohor
berjemaah yang diselia oleh Ustaz Khatib di surau sekolah. Selesai solat,
murid-murid berkumpul semula di dewan jam 2.00 petang untuk mengikuti slot
seterusnya yang telah disampaikan oleh Ustaz Khatib yang bertajuk “Pengurusan
Masa”. Belaiu menekankan tentang pentingnya mengurus masa dengan bijak demi
memastikan kejayaan diri di dunia dan akhirat terutama kepada pemimpin-pemimpin
yang patut menunjukkan contoh yang baik dan positif terhadap
pengikut-pengikutnya. Slot ini berakhir jam 3.00 petang.
Jam 3.00 petang murid-murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu kumpulan Pengawas Sekolah yang dikendalikan oleh Encik Shah
Rizal di Dewan Tertutup, kumpulan Pengawas Pusat Sumber yang dikendalikan oleh
Puan Salasiah di Pusat Sumber dan kumpulan Ketua dan Penolong Ketua Kelas yang
telah dikendalikan oleh Puan Nor Fazila di Dewan Terbuka.
Encik Shah Rizal telah mengadakan sesi perbahasan di
antara pengawas lelaki dan perempuan bagi melatih mereka keyakinan untuk
melahirkan pendapat di khalayak serta memupuk semangat bekerjasama sesame ahli
kumpulan. Sementara itu, Puan Salasiah telah melatih Pengawas-pengawas Pusat
Sumber tentang bagaimana cara mengendalikan atau pengurusan buku-buku di pusat
sumber. Manakala kumpulan Ketua dan Penolong Ketua pula dibawa ke Dewan Terbuka
untuk sesi latihan dalam kumpulan yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan
tajuk “ Masalah disiplin yang sering dihadapi oleh Ketua dan Penolong Ketua di
dalam bilik darjah serta cara-cara menghadapinya”.
Selesai sesi ketiga-tiga kumpulan mereka dikumpulkan
semula di Dewan Tertutup untuk mengikuti acara penutup Kursus Kepimpinan ini.Majlis
penutupan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Salmiah Rahmatul Laila bt
V.S.Dawood selaku Guru Besar sekolah. Sebelum itu Encik Shah Rizal telah
memberi ucapan mewakili ahli
jawatankuasa kursus diikuti dengan ucapan Puan Guru Besar yang banyak
mengingatkan murid-murid tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
pengawas serta Ketua kelas dan penolongnya. Sebelum acara berakhir, acara
penyampaian cendera hati kepada Puan Guru Besar telah dilakukan yang telah
disampaikan oleh Encik Zamhuri bin Tasir selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru. Murid-murid dilepaskan jam 4.30 petang untuk
menikmati minum petang di kantin dan seterusnya bersurai. Kursus Kepimpinan
2012 telah ditamatkan lebih kurang jam 5.00 petang.
Laporan disediakan oleh,
(NOR FAZILA BINTI
YAHYUDDIN)
Setiausaha,
Kursus Kepimpinan 2012,
SK Gopeng, Tmn.
Gopeng Baru.
EN. ZAMHURI BIN TASIR MENYAMPAIKAN TAKLIMAT KEPADA PESERTA KURSUS
PESERTA-PESERTA YANG HADIR SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT
SESI CERAMAH DARIPADA ENCIK MOHD SHAH RIZAL
PARA PESERTA MENIKMATI SARAPAN PAGI BERSAMA-SAMA DI KANTIN SEKOLAH
SEBAHAGIAN PESERTA SEDANG BEKERJASAMA MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERI
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN OLEH PUAN GURU BESAR SKGTGB, PN. HJH. SALMIAH RAHMATUL LAILA BINTI V. SHAIK DAWOOD
PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA ENCIK ZAMHURI KEPADA PUAN GURU BESAR
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
LAPORAN PROGRAM 3K / SEKOLAH SELAMAT 2012
TARIKH
08 Februari 2012
HARI
Rabu
MASA
2.30 – 5.00 petang
SASARAN
Tahun 3,4,5 dan 6 (308 orang murid )
TEMPAT
SK Gopeng, Tmn Gopeng Baru
Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Gopeng,
Taman Gopeng Baru dengan kerjasama Ahli jawatankuasa 3K ( KESELAMATAN,
KEBERSIHAN dan KECERIAAN) telah
mengadakan satu Program Sekolah Selamat seperti ketetapan di atas. Seramai
tujuh orang anggota bomba telah turun padang untuk memberikan penerangan dan
tunjuk cara yang betul berkaitan cara-cara menggunakan alat pemadam api yang
betul kepada warga SK Gopeng Taman Gopeng Baru.
Program
telah dimulakan jam 2.30 petang di Dewan Terbuka dengan ucapan daripada wakil
Penolong Pegawai Bomba Cawangan Gopeng
iaitu Encik Ibrahim.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan
pihak sekolah dan memberikan taklimat, pesanan dan ingatan yang berguna
terutama berkaitan aspek keselamatan di sekolah. Beliau juga member panduan dan
tips-tips yang berguna kepada pihak sekolah bagaimana mengindari bahaya
kebakaran dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program pada petang itu diteruskan dengan ucapan
daripada Puan Guru Besar iaitu Puan
Hajah Salmiah Rahmatul Laila binti V.S. Dawood menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan program.
Jam 3.00 petang program diteruskan
dengan demonstrasi kebakaran dan cara-cara yang betul menggunakan alat pemadam
api dan cara-cara bagaimana memadamkan api dengan berkesan di padang sekolah.
Beberapa orang murid dan guru secara sukarela telah mencuba dan menggunakan
peluang ini untuk memadamkan api setelah ditunjukkan terlebih dahulu oleh
anggota bomba tersebut.
Seterusnya,murid-murid telah berpeluang
melihat secara dekat jentera bomba yang dibawa khas dan dipamerkan untuk
tontonan murid-murid. Pelbagai alatan dan kemudahan memadamkan kebakaran dapat
dilihat dan diketahui bukan sahaja oleh
murid-murid malahan guru-guru juga berpeluang menyaksikan peralatan-peralatan
memadamkan kebakaran.Murid-murid juga dibenarkan menaiki jentera bomba dan
merasi suasana di dalam kenderaan tersebut.
Akhir sekali, program ditamatkan dengan
penyerahan cenderahati daripada pihak sekolah oleh Puan Hajah Salmiah Rahmatul
Laila binti V.S.Dawood kepada wakil pihak bomba iaitu Encik Ibrahim.Program
tamat pada pukul 5.00 petang.
Laporan disediakan
oleh,
(NOR FAZILA BINTI
YAHYUDDIN)
Guru Bimbingan dan
Kaunseling,
SK Gopeng, Tmn.
Gopeng Baru
UCAPAN DARIPADA PIHAK BOMBA IAITU EN. IBRAHIM
DEMONSTRASI KEBAKARAN DARIPADA PIHAK BOMBA
DEMONSTRASI PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API
MURID-MURID BERPELUANG MELIHAT PERKAKASAN JENTERA BOMBA
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
LAPORAN PROGRAM ADIK@LPPKN : SAYANGI DIRI
TARIKH
08 Februari 2012
HARI
Rabu
MASA
2.30 – 5.00 petang
SASARAN
20 orang murid Tahun 6
TEMPAT
Makmal Komputer, SK Gopeng, Tmn
Gopeng Baru
Satu program anjuran Unit Bimbingan dan
Kaunseling SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dengan kerjasama LPPKN ( Lembaga
Pembangunan dan Perancangan keluarga Negara ) telah diadakan seperti
ketententuan di atas.
Program ini telah bermula di makmal komputer
pada pukul 2.30 petang selesai murid-murid bersolat dan makan tengah hari.Program
ini telah dikendalikan oleh Puan Farisha binti Jamiluddin salah seorang kaki
tangan LPPKN cawangan Kampar. Beliau telah menyampaikan satu taklimat berkenaan
perkembangan diri murid yang dipilih iaitu murid-murid perempuan Tahun 6 seramai
20 orang.
Taklimat beliau dimulakan dengan topik :
Manisnya Menjadi Remaja. Beliau memberikan info yang berguna berkaitan
perkembangan remaja. Selain itu, beliau juga menasihati agar murid-murid
berhati-hati melayari internet agar tidak sewenang-wenangnya terdedah dengan
perkara-perkara yang tidak bermoral. Antara topic-topik yang dikongsi bersama
ialah :
i) Penderaan
seksual
ii) Pornografi
iii) Pengertian
Rogol (rape)
iv) Jenis-jenis
rogol – rogol tahanan, rogol geng, rogol kenalan ( teman lelaki)
v) Undang-undang
dan penguatkuasaan – umur bawah 16 tahun adalah satu kesalahan
sama ada rela
atau secara paksa.
Segmen
kedua pula, Puan Farisha telah berkongsi maklumat berkaitan tajuk : Kenali
Emosi dan Fizikalku. Pengertian emosi adalah sesuatu yang melibtakan
perasaan sementara fizikal bermaksud
perubahan bentuk badan atau tubuh badan.
Wakil murid diminta melakarkan tubuh
badan dan melabelkan bahagian-bahagian yang sensitive serta perlu dijaga
daripada sentuhan orang lain.Murid-murid juga diingatkan tentang batas-batas
pergaulan walaupun sesame ahli keluarga seperti ayah dan abang serta orang yang
dikenali seperti jiran, guru dan pengawal keselamtan. Murid-murid juga
ditunjukkan contoh-contoh artikel surat khabar berkaitan kes rogol, culik,
cabul dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.
Program diakhiri dengan beberapa
peringatan antaranya jika berlaku perkara yang tidak diingini tanpa rela,
murid-murid diingatkan agar berkongsi masalah dan tidak merasakan diri mereka
adalah bersalah. Program ditamatkan jam 5.00 petang.
Laporan
disediakan oleh,
(NOR
FAZILA BINTI YAHYUDDIN)
Guru
Bimbingan dan Kaunseling
SK
Gopeng, Tmn. Gopeng Baru.
PUAN FARISHA SEDANG MELAYAN PERTANYAAN MURID-MURID
MURID-MURID SEDANG BERBINCANG DALAM KUMPULAN
WAKIL MURID SEDANG MELAKAR BENTUK FIZIKAL SEORANG REMAJA PEREMPUAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN
1.
Bertenang dan melapangkan fikiran.
2.
Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3.
Tidur yang mencukupi..
4.
Menjaga kesihatan diri.
5.
Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang
berkhasiat dan berzat.
7.
Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8.
Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9.
Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.
Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana
badan yang
cergas akan meransang
kecerdasan otak.
11.
Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12.
Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13.
Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan
rakan-rakan.
14.
Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan
sebenar.
15.
Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16.
Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang
diperlukan.
17.
Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang
berzat supaya tenaga fizikal dan minda
cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18.
Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik
hangat atau kaedah
menjawab sebelum dan
selepas peperiksaan.
19.
Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20.
Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada
setiap kertas soalan.
21.
Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22.
Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan
mengikut arahan yang dinyatakan.
Tuesday, 21 February 2012
AKTIVITI SEKOLAH
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-34
TAHUN 2012
TARIKH :
25 Februari 2012 / 3 Rabiul Akhir 1433H
TEMPAT :
Dewan Tertutup
SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru
MASA :
11.30 pagi
DIRASMIKAN OLEH :
Datuk Hamzah Bin Kassim (DSSM, PMP)
Ketua UMNO Bahagian Gopeng
(Parlimen Gopeng)
ATURCARA MAJLIS
11.30 pagi :
- Ucapan Pengerusi Majlis.
- Bacaan doa oleh Ustaz Khatib.
- Ucapan alu-aluan Penasihat PIBG oleh Pn. Hjh. Salmiah Rahmatul Laila Binti V. Shaik Dawood (Guru Besar SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru).
- Ucapan Yang Dipertua PIBG oleh En. Azmi Bin Kadir.
- Ucapan perasmian oleh Datuk Hamzah Bin Kassim (DSSM, PMP), Ketua UMNO Bahagian Gopeng (Parlimen Gopeng).
- Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33.
- Perkara berbangkit.
- Membentang dan menerima laporan Aktiviti Sekolah bersama PIBG 2011.
- Perlantikan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG 2012.
- Hal-hal lain.
- Ucapan penangguhan.
GURU BERTUGAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TARIKH
27 Februari-2 Mac 2012
GURU BERTUGAS
Pn. Hjh. Asiyah
Pn. Zuraina
En. Nor Sahizal
PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan Hal HEM)
TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Mencegah Denggi"
MUTIARA KATA
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.."
Wednesday, 15 February 2012
GURU BERTUGAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TARIKH
20 Februari-24 Februari 2012
GURU BERTUGAS
Pn. Nor Azilah
Pn. Haniza
En. Ahmad Juahir
PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
Tuesday, 14 February 2012
MUTIARA KATA
"Tubuh kita perlu dipelihara kerana tubuh ini cengkerang kehidupan dan terdapat jiwa yang berada didalamnya, seperti kerang yang mengandungi mutiara yang sedang tumbuh, tanpa kerang tidak ada mutiara.."
Thursday, 9 February 2012
GURU BERTUGAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TARIKH
13 Februari-17 Februari 2012
GURU BERTUGAS
Pn. Rosimah
Cik Nor Azura
En. Azrol Hakimi
PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohd. Yusniza Bin Mohd. Redzuan
(Penolong Kanan Kokurikulum)
TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Bersukan untuk kesihatan"
Wednesday, 8 February 2012
LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH
LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2012
PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH : (Rabu) 8 Februari 2012
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : Dewan Terbuka SK Gopeng Tmn. Gopeng Baru
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah
diadakan pada 8 Februari 2012 bertempat di Dewan Terbuka SKGTGB. Sambutan pada
tahun ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Dakwah SKGTGB. Murid-murid
telah berkumpul di dewan dan berbaris mengikut persatuan masing-masing seawal
jam 7.25 pagi. Antara persatuan yang melibatkan diri dalam sambutan pada kali
ini ialah Persatuan Pendidikan Khas, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan
Pusat Sumber Sekolah, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan
Persatuan Muzik dan Kebudayaan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah
diketuai oleh Ustaz Mohd Shah Rizal Bin Zainuddin. Kemudian majlis diteruskan kata
alu-aluan oleh pengerusi majlis oleh Ustaz Ahmad Juahir Bin Naim. Seterusnya, Pn.
Hjh. Salmiah Rahmatul Laila Binti V. Shaik Dawood, Guru Besar SK Gopeng Tmn.
Gopeng Baru telah sudi menyampaikan ucapannya bersempena Sambutan Maulidul Rasul
Peringkat Sekolah. Di dalam ucapannya, beliau berharap sambutan yang diadakan
ini dapat menyemai rasa cintakan Rasul dalam kalangan umat Islam dan seterusnya
dapat memberi kesedaran tentang tanggungjawab kita meneruskan perjuangan
Rasulullah dalam menyebarkan ajaran Islam. Kemudian murid-murid berselawat dan
berarak mengikut persatuan masing-masing dengan membawa sepanduk. Perarakan
dirasmikan oleh Guru Besar SKGTGB. Pihak polis Gopeng juga telah turut serta melicinkan
perjalanan program pada kali ini dengan membantu mengawal keselamatan
murid-murid. Semua guru dan murid berarak dan berselawat di sepanjang Kg.
Pulai, Gopeng. Pertandingan sepanduk dan perarakan telah diadili oleh Ustaz
Ahmad Juahir, Ustazah Nora’sikien, En. Azrol Hakimi dan Pn. Fadzillah Binti Yahyuddin.
Murid Tahap Satu pula tidak turut serta berarak tetapi mereka terlibat di dalam
Pertandingan Mewarna Maulidul Rasul di Dewan Terbuka. Menurut Ustaz Ahmad
Juahir, Penyelaras Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah pada kali ini,
beliau amat gembira dan berbesar hati dengan sambutan dan penglibatan yang
menggalakkan dari semua warga sekolah terutamanya dalam Pertandingan Membuat
Kain Rentang Maulidul Rasul. Semua guru dan murid bertungkus lumus menyiapkan
kain rentang seawal seminggu sebelum sambutan. Murid-murid juga kelihatan amat
ceria dan segak bergaya mengenakan pakaian Melayu. Aktiviti tamat kira-kira jam
9.30 pagi dan semua guru dan murid disediakan jamuan ringan di kantin sekolah. Secara
keseluruhan, aktiviti pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya
dengan sokongan yang jitu daripada semua warga SKGTGB. Syabas dan tahniah
diucapkan!
UCAPAN PERASMIAN OLEH PN. HJH. SALMIAH RAHMATUL LAILA BINTI V. SHAIK DAWOOD
GURU BESAR SK GOPENG, TMN. GOPENG BARU
GURU DAN MURID BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN PERARAKAN DAN SELAWAT
PERARAKAN DAN SELAWAT DI SEKITAR KG. PULAI, GOPENG
PERTANDINGAN MEWARNA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH
AKTIVITI SEKOLAH
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
1433H / 2012M
Tarikh :
15 Rabiul Awal 1433H / 8 Februari 2012
Hari :
Rabu
Masa :
7.30 pagi
Tempat :
Dewan Terbuka SKGTGB
*Semua warga SKGTGB dijemput hadir
Wednesday, 1 February 2012
GURU BERTUGAS
GURU BERTUGAS MINGGUAN
TARIKH
8 Februari-10 Februari 2012
GURU BERTUGAS
Pn.Raudah
Pn. Salasiah
Pn. Syarifah Norazizah
PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)
TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
MAULIDUR RASUL 1433H/2012M
12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 Februari 2012 bakal menjelang tiba.. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah
Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita meraikan
sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w., penghulu segala Rasul, pembawa rahmat seluruh alam.
Setiap tahun kita mengadakan majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah sebagai kenyataan akan kasih dan sanjungan kita terhadap Baginda serta perjuangan dan pengorbanan Baginda. Perjuangan Baginda tidak berhenti dengan wafatnya Baginda. Sebaliknya ia diteruskan oleh penganut agama Islam sehingga agama yang mulia ini dianuti oleh lebih satu bilion manusia di seluruh dunia sekarang ini. Dengan mengingati dan menyambut Maulidur Rasul, umat Islam sebenarnya memperbaharui azam untuk mengembangkan lagi agama yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap tahun kita mengadakan majlis memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ini adalah sebagai kenyataan akan kasih dan sanjungan kita terhadap Baginda serta perjuangan dan pengorbanan Baginda. Perjuangan Baginda tidak berhenti dengan wafatnya Baginda. Sebaliknya ia diteruskan oleh penganut agama Islam sehingga agama yang mulia ini dianuti oleh lebih satu bilion manusia di seluruh dunia sekarang ini. Dengan mengingati dan menyambut Maulidur Rasul, umat Islam sebenarnya memperbaharui azam untuk mengembangkan lagi agama yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Justeru, warga SK Gopeng Tmn. Gopeng Baru
(SKGTGB) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama meraikan sambutan Maulidur
Rasul pada tahun ini. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sejak dari
awal lagi. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah Pertandingan Membuat
Kain Rentang Maulidur Rasul, Pertandingan Mewarna, Ceramah Maulidur Rasul dan
Perarakan Maulidur Rasul Bersama Warga SKGTGB. Adalah diharapkan
aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul
dan dapat menyemai rasa cintakan Rasul dalam kalangan warga SKGTGB.
Akhir kata daripada admin, marilah kita gunakan
kesempatan untuk menyambut Maulidur Rasul ini dengan melipatgandakan usaha dan
ikhtiar agar segala permasalahan dapat diselesaikan. Tanggungjawab kita bersama
ialah untuk berdoa dan menghindarkan diri kita daripada sikap-sikap negatif
seperti tamak haloba, rasuah, pecah amanah, hilang sabar dan sebagainya. Apa
yang lebih penting adalah kita menggunakan peluang yang ada untuk terus
mempertingkatkan daya kreativiti kita untuk memajukan agama, bangsa dan negara
kita.
MAKLUMAN PENTING!
* Sekolah akan bercuti pada tarikh berikut :
(Isnin) 6 Februari 2012 - Cuti Sempena Sambutan Maulidur Rasul
(Selasa) 7 Februari 2012 - Cuti Thaipusam
Subscribe to:
Posts (Atom)