Monday 1 February 2016

BERITA

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KINTA SELATAN 2016



MALIM NAWAR - Pasukan Merentas Desa SK Gopeng, Taman Gopeng Baru telah berjaya mendapat beberapa tempat teratas di dalam Pertandingan Merentas Desa MSSD Kinta Selatan Kali ke-16 bagi Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Perempuan. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Methodist Malim Nawar, Perak pada 30 Januari 2016 yang lalu. Sekolah kita telah menghantar 5 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet perempuan untuk menyertai kejohanan tersebut. Berkat ketabahan menempuh cabaran sejauh 3.2 km, tiga orang atlet sekolah kita berjaya mendapat beberapa tempat terbaik mendahului peserta-peserta dari sekolah lain. Mereka yang berjaya ialah Ahmad Akmal Firas Bin Azman Jailani (Tempat Ke-4), Muhammad Haikal Azrin Bin Mahathir (Tempat Ke-5), dan Muhammad Uqail Adam Bin Mohamad Suwardi (Tempat Ke-6). Mereka akan mewakili MSSD Kinta Selatan ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Perak di Manjung pada 4 Februari 2016 ini. Selain itu, pasukan merentas desa sekolah kita juga telah memenangi beberapa anugerah utama kejohanan iaitu Tempat Ke-3 Berpasukan Kategori Perempuan, Johan Berpasukan Kategori Lelaki dan Naib Johan Keseluruhan Kejohanan. Tahniah juga diucapkan kepada perserta-peserta lain iaitu Nur Hafiz Bin Khairil Anuar (Tempat Ke-48), Ahmad Fareez Bin Ahmad Firu (Tempat Ke-56), Nur Ilyana Azlin Binti Anuar (Tempat Ke-12), Nur Syahirah Binti Zaman Huri (Tempat Ke-14), Zuhaisa a/p Jali (Tempat Ke-26) dan Adawiyah Batrisyia Binti Azli (Tempat Ke-54). Syabas kepada semua atlet kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan. Diharapkan pada masa mendatang, penglibatan atlet SKGTGB dalam bidang sukan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment