Wednesday, 25 July 2012

PUISI RAMADHAN

RAMADHAN AL-MUBARAK

Ada sekuntum hari,
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu,
Kerana saat itulah kemahamurahan sang Khaliq berlimpah,
Menyatu pada segala inti hidup..

Adalah Ramadhan,
Ia bertelaga bening,
Airnya mutiara maghfiroh,
Gericiknya dzikir dan tadarrus,
Tepianya doa lemah lembut, lirih dan berpasrah hati,
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu,
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia..

Ia rahsia,
Tak sekedar lapar dahaga,
Tapi sesungguhnya itulah hakikat cinta,
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah,
Kerana dengan lapar dan haus,
Kita pasti lebih menyedari bahawa kita tak berpunya,
Pasti lebih memahami,
Bahawa kita tak lebih dari sebutir debu,
Di antara kemahaluasan-Nya..

Di cakerawala bertebar pengampunan, rahmat, dan segala kebaikan,
Juga nuzulul qur’an dan lailatur qadar..



No comments:

Post a Comment