10 KEBAIKAN KESIHATAN APABILA BERPUASA
Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan
bagi mereka yang berpuasa.
- Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
- Kawalan
diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan
kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda
untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
- Kurangkan
gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat
dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan
sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
- Kolesterol: Bantu
dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan
meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan
kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
- Kurangkan
tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension
(tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1)
tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan
kekurangan water retention.
- Ubah
gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar
untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang
keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok,
makan berlebihan dan lain-lain.
- Rehat: Ini
penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang
untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman
tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa
untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada
badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
- Bantu
buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi
berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk
mengambil langkah pertama.
- Kawal
stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan
daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa,
tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan
kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala,
insyallah.
- Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment