Wednesday, 25 July 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
6-10 Ogos 2012

GURU BERTUGAS
En. Khatib
Pn. Mazurah

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Rukun Negara : Keluhuran Perlembagaan"



PUISI RAMADHAN

RAMADHAN AL-MUBARAK

Ada sekuntum hari,
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu,
Kerana saat itulah kemahamurahan sang Khaliq berlimpah,
Menyatu pada segala inti hidup..

Adalah Ramadhan,
Ia bertelaga bening,
Airnya mutiara maghfiroh,
Gericiknya dzikir dan tadarrus,
Tepianya doa lemah lembut, lirih dan berpasrah hati,
Siapa tak ingin jadi ikannya?
Mari berenang dengan kesunyian nafsu,
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia..

Ia rahsia,
Tak sekedar lapar dahaga,
Tapi sesungguhnya itulah hakikat cinta,
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah,
Kerana dengan lapar dan haus,
Kita pasti lebih menyedari bahawa kita tak berpunya,
Pasti lebih memahami,
Bahawa kita tak lebih dari sebutir debu,
Di antara kemahaluasan-Nya..

Di cakerawala bertebar pengampunan, rahmat, dan segala kebaikan,
Juga nuzulul qur’an dan lailatur qadar..



Friday, 20 July 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
30 Julai-3 Ogos 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Nor'Asikein
Pn. Rohana
Pn. Vanaja

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Rukun Negara : Kesetiaan kepada raja dan negara"



FADHILAT PUASA : ASPEK KESIHATAN

10 KEBAIKAN KESIHATAN APABILA BERPUASA

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

  1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
  8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
  9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.

Sunday, 15 July 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
23-27 Julai 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Hjh. Hasnah
Pn. Farah Juliana
Pn. Norhanita

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ramli Bin Ahmad Rozali
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Rukun Negara : Kepercayaan kepada Tuhan"



SALAM RAMADHAN

Selamat Berpuasa!
1 RAMADHAN 1433H / 21 JULAI 2012


HADITH

5 KELEBIHAN RAMADHAN

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka..."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia Lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)



Sunday, 8 July 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
16-20 Julai 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Norwati
Pn. Nizam
Cik Dewi Hartini

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Keselamatan di jalan raya"



MUTIARA KATA

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul..."

Sunday, 1 July 2012

AKTIVITI SEKOLAH

SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
2012

TARIKH
SELASA / 10 JULAI 2012

MASA
8.00 PAGI

TEMPAT
PADANG SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU

PENYERTAAN
SEMUA WARGA SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU

ATURCARA
7.00-7.30 pagi - Pendaftaran peserta
7.35 pagi        - Perhimpunan rasmi sekolah
                     - Bacaan doa
                     - Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
8.00 pagi        - Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula
9.00 pagi        - P&P berjalan seperti biasa



GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
9-13 Julai 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Fadzillah
Pn. Faridah
En. Ismail Mohsein

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Solat mencegah kemungkaran"



MUTIARA KATA

"Agama tidak pernah mengecewakan manusia tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama..."