HARI BUMI
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang
berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera
utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk
meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John
McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang
diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari
1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara
setiap tahun pada 22 April.
SEJARAH HARI BUMI
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di
Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga
1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan
terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam
sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara.
Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970
dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium.
Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental
Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama,
pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang
panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan
alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun
sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang
tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990,
peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang
dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.
No comments:
Post a Comment