Wednesday 4 April 2012

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

LAPORAN 
PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN
MSSD DAERAH KINTA SELATAN

TARIKH
27.3.2012
HARI
Selasa
TEMPAT
SMK Sentosa

PENGURUS PASUKAN
Cik Hermalina Bt. Adnan
JURULATIH
Cik Faridah Bt. Tajuddin @ Bakar
PENGADIL
Pn Rohana Bt. Zakaria

LALUAN KEJUARAAN

Johan Kumpulan D
SK Gopeng TGB vs St. Paul ( 16 – 1)
SK Gopeng TGB vs SK Gopeng Jln Ilmu (11-3)

Pusingan Kedua (Suku Akhir)
SK Gopeng TGB vs SK Seri Jaya ( 9 - 8 )
SK Gopeng TGB vs SK Bernadette’s ( 7- 6 )

Perlawanan Akhir
SK Gopeng TGB vs SK Tualang Sekah ( 13 – 10 )
S
Senarai Nama Pemain
1.   Nur Ilya Hanani bt. Razman (GA / Kapten)
2.   Nurul Najihah bt. Abdul Hamid (GS)
3.   Nor Abidah bt. Ahmad Rozuki (C)
4.   Asmawati A/P Bah Dadu (WA)
5.   Zulaika bt. Mohd Zain (WD)
6.   Nurul Athirah bt. Tarmizi (GD)
7.   Emylia bt. Nor Azlan (GK)
8.   Nur Syahirah Huda bt. Hasnan
9.   Nur Iman Syazwani bt. Malek
10. Nureen Naziera bt. Anuar
11. Syaqira Haniesa bt. Khaizadli
12. Nur Irdina bt. Zairul Hisham

Pada 27 Mac 2012 ( Selasa) Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB telah menyertai pertandingan Bola Jaring MSSD Daerah Kinta Selatan yang berlangsung di SMK Sentosa, Kampar. Seramai 12 orang pemain telah mewakili SK Gopeng TGB dalam pertandingan tersebut.

Sebanyak 18 pasukan bola jaring yang mana terdiri daripada sekolah-sekolah rendah di Daerah Kinta Selatan telah mengambil bahagian pada pertandingan tahun ini. Pasukan-pasukan ini telah di undi kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan A ,B,C,D,E dan F. SK Gopeng TGB telah diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama dengan SK St. Paul daan SK Gopeng Jalan Ilmu.

Pada peringkat kumpulan, SK Gopeng TGB telah berjaya menjadi johan kumpulan D setelah mencatatkan kemenangan dengan menewaskan SK St.Paul ( 16 - 1 ) dan SK Gopeng Jalan Ilmu ( 11 – 3 ). Seterusnya SK Gopeng TGB telah layak ke peringkat kedua suku akhir yanga mana pasukan yang layak telah diundi kepada dua kumpulam iaitu kumpalan X dan Y. SK Gopeng TGB telah diletakkan di dalam kumpulan Y bersama-sama SK Seri Jaya dan SK St Bernadette’s. Pada laluan suku akhir ini pasukan bola jarring SK Gopeng TGB telah menewaskan SK Seri Jaya dengan ( 9 - 8 ) dan SK St Bernadette’s ( 7 - 6 ) sebelum layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan SK Tualang Sekah ( 13 – 10 ).

Seramai 6 orang murid SK Gopeng TGB, telah terpilih untuk ke pemilihan wakil Daerah Kinta Selatan yang akan diadakan pada akhir bulan April. Mereka yang terpilih ialah Nor Abidah bt. Ahmad Rozuki, Nur Ilya Hanani bt. Razman , Emylia bt. Nor Azlan dan Nurul Athirah bt. Tarmizi, Zulaika bt. Mohd Zain dan Nurul Najihah bt. Abdul Hamid.

Disediakan oleh :

(Cik Faridah Binti Tajuddin @ Bakar)

Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB

Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan

Meraikan detik kemenangan bersama Pn. Rohana Binti Zakaria

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Guru Besar SK Sentosa

 Pasukan Bola Jaring SK Gopeng TGB diraikan bersama Pn Hajjah Salmiah Rahmatul Laila bt. V. Shaik Dawood dan En. Mohd Yusniza b. Mohd Redzuan

Pasukan Bola Jaring bergambar bersama Pn. Guru Besar , PK Kokurikulum dan guru-guru

No comments:

Post a Comment