MUHASABAH DIRI
Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut.Tiada seorg pun yg terlepas.Di dunia ini kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat,ttp bila di Pdg Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walau pun jaraknya 500 perjalanan lg, semua org dlm ketakutan dan semua org takkan terlepas dari tuntut menuntut.
Org lelaki paling banyak dituntut di akhirat...Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin).Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yg akan menuntut segala pahala darinya.Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yg akan menuntut pahalanya di akhirat.
Begitu juga ibubapa yg sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yg sakit,mak ayah kata dia redha ttp di akhirat nanti semuanya akan dituntut. Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua,di akhirat juga akan dituntut kelak. Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya,sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki,lalu berpindahlah dosa2 orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yg ambil mudah...Contoh: suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat.Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sbb akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.
Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tetapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.
Di dunia ini jika suami membiarkan isteri2 dan anak2 mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak2 akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa.Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tetapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.
Itu belum lagi bab dalam berkawan... Jika kita ada ilmu agama,kita tidak sampaikan pada kawan2,kita biarkan kawan2 kita dlm kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan.Maka di akhirat nanti kawan2 akan dtg menuntut hak kpd kita.
Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook.Jangan ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita.Apa sahaja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.
Seorg perempuan beragama Islam yg mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan2 yg menegur dia utk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan2nya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yg tidak menutup aurat itu akan menuntut semua pahala dari kawan2 yg tidak menegurnya.
Nampak?
Ini antara hak seorg kawan...Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sahabat.
Ustazah Asma' Harun.
https://m.facebook.com/groups/496744407529915/permalink/930118727525812/
No comments:
Post a Comment