Tuesday 14 August 2018

AKTIVITI SEKOLAH

MAJLIS PERPISAHAN
TN. SYED DANY FAIZAL BIN SAID MD. NASIR
(2008-2018)

TARIKH :
Selasa / 14 Ogos 2018

MASA :
11.30 pagi

TEMPAT :
Dewan Terbuka SKGTGB

*Pada kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan salam perpisahan buat Tn. Syed Dany yang akan bertukar tidak lama lagi. Untuk pengetahuan semua, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Kampar berkuatkuasa pada 10 Ogos yang lalu. Tn. Syed Dany merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, rajin dan sangat bertanggungjawab kepada anak didik dan pihak sekolah. Usaha dan bakti beliau terutamanya dalam kecemerlangan bidang sukan dan sarana sekolah amat membanggakan. Sesungguhnya, pihak sekolah amat merasai kehilangan beliau. Semoga beliau terus sukses dalam memartabatkan bidang pendidikan di sekolah baru nanti. Segala nasihat dan tunjuk ajar beliau kepada anak didik dan guru-guru di SKGTGB akan kami ingati. Selamat maju jaya dan semoga berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment