Friday 16 March 2018

PERISTIWA

MAJLIS PERPISAHAN
USTAZ MOHD SHAH RIZAL BIN ZAINUDIN

TARIKH :
Khamis / 15 Mac 2018

Kepada Ustaz Shah Rizal, pihak admin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke majlis pada hari ini. Seperti mana yang kita ketahui, majlis pada hari ini diadakan untuk meraikan beliau yang telah berpindah ke SK Siputeh.

Sesungguhnya warga SKGTGB tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti  di sini. Kami berasa amat sedih kerana kehilangan seorang guru yang amat dedikasi terhadap tugasnya. Pengorbanan dan jasa beliau kepada murid-murid tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Beliau juga sangat mengambil berat dan sanggup meluangkan masa memajukan program pembangunan bola sepak di sekolah kita.

Pihak admin mewakili warga SKGTGB mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz. Kami menghargai segala usaha dan jasa ustaz. Kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang ustaz berada di SKGTGB. Kami berdoa agar ustaz berbahagia dan terus cemerlang bertugas di sekolah baru. Selamat maju jaya dan semoga kita berjumpa lagi!


No comments:

Post a Comment