Friday 5 January 2018

MAJLIS PERPISAHAN

MAJLIS BAKTI DISANJUNG, BUDI DIJUNJUNG
PN. WAN PATIMAH BINTI WAN ZAKARIA
(BEKAS GURU BESAR SK GOPENG, TMN. GOPENG BARU)

2013-2017



Pada kesempatan ini, admin bagi pihak guru-guru dan staf sokongan SK Gopeng, Taman Gopeng Baru merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Wan Patimah Binti Wan Zakaria  di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di SK Gopeng, Taman Gopeng Baru. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Wan Patimah Binti Wan Zakaria, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Selamat maju jaya dan semoga kita bertemu lagi.
WE LOVE YOU!

Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.


1 comment:

  1. Once a teacher,always a teacher.. Hats off to Cikgu Wan. Semoga sukses di tempat baru!

    ReplyDelete