Tuesday 22 July 2014

PERSARAAN STAF

PERSARAAN
PN. HJH. KHAIRIL UMMI BT. ABDULLAH
 
TARIKH BERSARA :
28 Julai 2014

 
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan...
 
Bak air yang mengalir,

Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Kak Ummi yang satu,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu...
 
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra,
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya...
 
Bak air yang mengalir,
Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
 
Setiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan. Warga SK Gopeng, Taman Gopeng Baru mendoakan Pn. Hjh. Khairil Ummi Bt. Abdullah akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami di sini selalu. Kami mohon ribuan kemaafan di atas segala kekurangan dan kesilapan andainya kami terlanjur bicara, terlanjur terkata. ~ SELAMAT BERSARA ~
  

No comments:

Post a Comment