Wednesday 25 June 2014

RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT 
BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1435H

Pihak admin SK Gopeng, Taman Gopeng Baru mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNYA bertemu kembali kita dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Semoga tarbiyyah daripada Madrasah Ramadhan berjaya mendidik diri kita sebagai insan yang berilmu dan beramal dengan penuh keikhlasan. Tanpa disedari...

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan, tidak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan, tidak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bahagian daripada diri,

Tiba saatnya,
saatnya istirehat dalam "perjalanan dunia",
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya,
saatnya memahami makna pensucian diri..

Selamat menunaikan Ibadah Puasa,
bersama kita leburkan kekhilafan..

Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah..

MARHABAN..MARHABAN YA RAMADHAN!


No comments:

Post a Comment