Wednesday 7 May 2014

KELAS GANTI

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH NEGERI PERAK.

Tuan,

KELAS BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 25 Tahun 2013, Pindaan Kepada Lampiran Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2013 : Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2014 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan, bertarikh 31 Disember 2013 telah menetapkan bahawa pada hari Sabtu ini 10 Mei 2014 ialah Kelas Berganti sempena Hari Raya Aidilfitri pada 31 Julai 2014.

3.  Sehubungan dengan itu, Pengarah Pendidikan Perak MEWAJIBKAN kepada sekolah yang telah memohon Cuti Berganti tersebut supaya menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Pemantauan oleh pihak JPN dan PPD akan dilaksanakan bagi memastikan proses PdP berjalan seperti biasa.

4.  Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(HAJI KHAIROL AZMI BIN AHMAD ARIFIN, AMP.)
Ketua Unit
Unit Perhubungan Dan Pendaftaran
Sektor Pengurusan Sekolah
b.p. Pengarah Pendidikan Perak

No comments:

Post a Comment