Friday 5 October 2012

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PERTANDINGAN PAINTBALL PERINGKAT NEGERI PERAK
PIALA DATO' HJ. ZAINOL FADZI 2012

Pada 4 Oktober 2012 9 (Khamis) yang lepas, satu aktiviti sukan lasak iaitu Pertandingan Paintball Piala Dato' Hj. Zainol Fadzi telah diadakan di padang SK Gopeng, Taman Gopeng Baru, anjuran SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Sebanyak 20 pasukan bagi kategori sekolah rendah dan 5 pasukan bagi kategori sekolah menengah (jemputan) telah menyertai pertandingan tersebut. Antara sekolah rendah yang terlibat ialah SK Gopeng, Jln. Ilmu, SK Gopeng, Taman Gopeng Baru, Sk Methodist Malim Nawar, SK Seri Jaya, SK Manjoi 2, SK Dato' Panglima Bukit Gantang dan SJK (C) Kampar Girl. Manakala sekolah menengah jemputan yang hadir ialah SMK Gunung Rapat, Ipoh, SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, SMK Bercham dan SM Vokasional Teluk Intan. Setiap pasukan terdiri daripada seorang guru sebagai ketua pasukan dan 4 orang pelajar. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan pendaftaran peserta. Pada jam 8.30 pagi, jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Perak memberikan taklimat keselamatan, teknikal dan pertandingan kepada para peserta. Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Johan bagi kategori sekolah rendah disandang oleh SK Gopeng, Jln. Ilmu, Naib Johan, SJK (C) Kampar Girl dan Ketiga, SK Dato' Panglima Bukit Gantang. Bagi kategori sekolah menengah pula, Johan disandang oleh SM Vokasional Teluk Intan, naib Johan, SMK Gunung Rapat, Ipoh, dan Ketiga, SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor. Johan membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Zainol Fadzi B. Hj. Paharudin, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. YB Dato' turut mengingatkan para peserta agar memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan sukan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum Negeri Perak. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Kapt. Dr. Hj. Ahmad Damanhuri B. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pn. Hjh. Syariffah Hafidzah Bt. Meor Hassan, Guru Besar SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dan En. Azmi B. Kadir, YDP PIBG SK Gopeng, Taman Gopeng Baru. Secara keseluruhan, penganjuran pertandingan ini berjalan dengan lancar. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur terutamanya Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Unit Kokurikulum SK Gopeng, Taman Gopeng Baru dan semua warga SKGTGB di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga SKGTGB terus berjaya dan cemerlang! 

 Paintball Arena

 Taklimat oleh Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri

 Pendaftaran peserta

 Jurulatih membuat persiapan peralatan pertandingan

 Game On....Go! Go! Go!

 Pasukan siap sedia untuk bertempur

 Wajah ceria para peserta bersama YB Dato' Hj. Zainol Fadzi

No comments:

Post a Comment