Monday 24 September 2012

LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH

PERKHEMAHAN INTEGRASI BADAN BERUNIFORM 2012

Pada 21-23 September 2012 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Gopeng Taman Gopeng Baru telah menganjurkan satu perkhemahan di luar kawasan sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kem Hanifa, Gopeng, Perak. Seramai 114 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5, dan 6 telah menyertai  aktiviti perkhemahan ini. Perkhemahan yang bermula pada jam 3.00 petang itu dimulakan dengan aktiviti memasang khemah dan membersihkan kawasan oleh murid-murid. Selain dari aktiviti berkhemah, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah aktiviti senaman, jungle tracking, latihan memadam kebakaran oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, aktiviti dalam kumpulan (ADK), persembahan kebudayaan, BBQ, sukan paintball dan blind walk. Aktiviti perkhemahan ini juga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan dan kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan, pihak RELA, PIBG, Briged KRS bimbingan En. Ramli B. Ahmad Rozali, semua jurulatih Kem Hanifa dan juga Bapak Khalil, pemilik Kem Hanifa. Perkhemahan berakhir pada 23 September, jam 1.00 petang. Majlis penutupan dirasmikan oleh Yang Berbahagia YB Dato' Haji Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin (DPCM,PMP,DSM,ASDK), Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir pada majlis penutupan ialah Yang Berusaha Kapt. Dr. Haji Ahmad Damanhuri Bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pn. Hjh. Shariffah Hafidzah Binti Meor Hassan, Guru Besar SK Gopeng Taman Gopeng Baru. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas komitmen, sumbangsaran dan kerjasama yang diberikan. Kejayaan program di luar sekolah yang dianjurkan pada kali ini membuktikan warga SKGTGB mampu melakukan yang terbaik. Syabas!

Aktiviti mendirikan khemah

Aktiviti dalam kumpulan (ADK)

Aktiviti jungle tracking

Latihan memadam kebakaran oleh JPAM

Guru-guru dan staf bekerjasama memasak

Sukan paintball

Tetamu VIP yang hadir

Photographer : Cik Roslina Binti Hassan Basri
   

No comments:

Post a Comment