Wednesday 18 January 2012

DARI MEJA GURU BESAR

UCAPAN GURU BESAR



Pn. Hjh. Salmiah Rahmatul Laila Binti V. Shaik Dawood
Guru Besar SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru

Assalamualaikum w. b. t
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru telah pun mempunyai blognya sendiri. Saya mengharapkan semua guru, murid dan juga ibu bapa mengoptimumkan sepenuhnya kemudahan yang ada di blog ini untuk mencari informasi yang terkini berkaitan dengan sekolah dari segi pentadbiran, HEM, Kurikulum, Kokurikulum, PIBG dan sebagainya. Saya mengharapkan juga dengan adanya blog ini, murid-murid di Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT untuk meningkatkan kemahiran dan juga ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, keagamaan, kesenian, linguistik dan sebagainya. Akhir kata, dengan adanya Blog Sekolah Kebangsaan Gopeng, Taman Gopeng Baru ini, diharap murid-murid dapat menjadi insan yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. 

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment