Thursday, 28 January 2016

CUTI SEKOLAH

CUTI TAHUN BARU CINA

6 - 14 Februari 2016




GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

1 - 5 Februari 2016

GURU BERTUGAS
En. Khatib Bin Mohamed
Pn. Nor Fazila Binti Yahyuddin
Pn. Fadzillah Binti Ismail
Pn. Nor Azurawati Binti Yusoff
Pn. Nur Ilyana Binti Ahmad Sabri

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Nor Aisah Binti Ariffin
(Penolong Kanan HEM)

SELAMAT BERTUGAS

Thursday, 21 January 2016

MSS

KEJOHANAN MERENTAS DESA (SR)
MSSD KINTA SELATAN 2016

TARIKH :
Sabtu / 30 Januari 2016

MASA :
8.00 pagi - 12.00 tengahari

TEMPAT :
SK Methodist Malim Nawar


PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
TAHUN 2016

TARIKH :
Sabtu / 30 Januari 2016

MASA :
8.30 pagi

TEMPAT :
Dewan Tertutup,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru

PERASMIAN OLEH :
Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim
Ketua UMNO Bahagian Gopeng

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

26 - 29 Januari 2016

GURU BERTUGAS
Pn. Norwati Binti Yusof
Cik Nor Azlina Binti Hashim
Pn. Nurul Nadiyah Binti Md. Yusuf
Pn. Norhanita Binti Saadudin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Vanaja a/p V. Ramiah
(Pemangku Penolong Kanan Pend. Khas)

SELAMAT BERTUGAS

CUTI SEKOLAH

CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM

Isnin / 25 Januari 2016


Friday, 15 January 2016

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

18 - 22 Januari 2016

GURU BERTUGAS
Pn. Hjh. Rohana Binti Zakaria
Pn. Faridah Binti Tajuddin
Pn. Syafiqah Nawiyah Binti Suhimi
Pn. Haniza Binti Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zairul Hisham Bin Adnan
(Penolong Kanan Kokurikulum)

SELAMAT BERTUGAS

Friday, 8 January 2016

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

11 - 15 Januari 2016

GURU BERTUGAS
Pn. Rosimah Binti Pandak Udin
Pn. Mazurah Binti Masood
Pn. Noor Emiliya Binti Abd Lateh
Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohd Kasim Bin Sokiman
(Penolong Kanan Pentadbiran)

SELAMAT BERTUGAS

Saturday, 2 January 2016

AKTIVITI SEKOLAH

MINGGU TRANSISI TAHUN 1
SESI 2016

TARIKH :
4 - 15 Januari 2016

PENYELARAS :
Pn. Faridah Binti Tajuddin



GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

4 - 8 Januari 2016

GURU BERTUGAS
En. Azrol Hakimi Bin Zainol Abidin
Pn. Salasiah Binti Mat Rahim
Pn. Salwani Binti Abd. Razak
En. Firdaus Bin Khairuddin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Nor Aisah Binti Ariffin
(Penolong Kanan HEM)

SELAMAT BERTUGAS
 

SESI PERSEKOLAHAN 2016


ISNIN / 4 JANUARI 2016
 

DARI MEJA GURU BESAR


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Yang Berusaha,
Penolong-penolong kanan, guru-guru cemerlang, guru-guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

 
Tanggal Isnin, 4 Januari 2016 bersamaan 23 Rabiul Awal 1437 Hijriyyah menandakan permulaan sesi persekolahan baru. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua murid, khususnya yang baru memasuki alam persekolahan darjah satu.
 
Sesungguhnya perjuangan dan perjalanan kalian dalam proses pembelajaran masih jauh. Jika habis air tujuh lautan digunakan sebagai tinta untuk menulis segala butiran ilmu pengetahuan, nescaya masih belum mencukupi. Kita semua hendaklah menyedari bahawa dalam kesempatan usia yang cuma sebentar di dunia yang fana ini, keupayaan pemerolehan ilmu seseorang sangatlah terhad.
 
Justeru, kita hendaklah menghormati para ilmuan dalam segala bidang, termasuk guru-guru di sekolah. Walaupun maklumat boleh diakses dengan mudah di hujung jari, iaitu sekadar menekan papan kekunci komputer, pembelajaran di bilik darjah masih tidak boleh diganti dengan cara lain yang lebih berkesan. Bilik darjah ialah dunia kecil para pelajar untuk menerokai, menyaring dan mengorganisasi ilmu yang telah disusun berdasarkan keperluan kurikulum, nilai, dan aplikasi kehidupan di dunia sebenar.
 
Guru dan murid-murid yang dihormati,
 
Saya ingin mengajak murid-murid supaya berfikir sejenak tentang tujuan anda datang semula ke sekolah. Mengapakah anda sanggup bersusah payah bangun pagi membersihkan diri semata-mata untuk berkejar ke sekolah? Apakah yang menarik di sekolah kita?
 
Anda boleh sahaja memilih untuk melayan mata, iaitu tidur semahu-mahunya, atau bersengkang mata di hadapan skrin televisyen dan komputer. Hakikatnya murid-murid berkorban meninggalkan keselesaan di rumah masing-masing, sebaliknya bersesak-sesak di bilik darjah, di kantin dan di pusat sumber sekolah. Berbaloikah pengorbanan anda?
 
Sebagai muris yang bijak laksana, anda pasti telah menetapkan objektif yang jelas sebelum hadir ke sekolah saban hari. Alangkah ruginya jika setelah sehari suntuk di sekolah, anda balik dengan tangan kosong ke rumah. Sebarang bentuk pembaziran bakal merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat, pembayar cukai dan negara.
 
Sebenarnya pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaan isi pelajaran semata-mata. Pembelajaran tersembunyi (hidden curriculum) dari segi etika, sahsiah, sikap, keperibadian, perawakan, penampilan, kerja berpasukan dan keberanian menyatakan pendapat ialah antara elemen-elemen modal insan utama yang diterapkan dalam sesi pembelajaran. penggemblengan bakat murid-murid juga sangat dititikberatkan di sekolah.

Guru dan murid-murid yang dimuliakan,
 
Segala aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah akhirnya menjurus kepada pembelajaran. Maka, di samping mengikuti pembelajaran formal di bilik darjah, murid akan dibimbing menyertai kegiatan koakademik, kokurikulum dan sukan. Murid berpeluang mengasah bakat kepimpinan, interaksi, protokol dan meraih pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
 
Pencapaian sesebuah sekolah sangat bergantung kepada penglibatan murid dalam segala bidang yang saya sebutkan sebentar tadi. Bagi menjayakan semua aktiviti sekolah, saya menyeru supaya semua murid, tanpa kecuali, memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi agar kita semua berjaya menikmati hasil pembelajaran yang diharapkan. Tunjukkan tahap disiplin yang tertinggi dalam penyertaan semua aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2016 kelak, Insya-Allah.

Terima kasih atas perhatian anda. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


WAN PATIMAH BINTI WAN ZAKARIA

GURU BESAR
SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU