Friday, 29 August 2014

LDP

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
FROG VLE - SIRI 3
 
TARIKH :
Khamis / 4 September 2014
 
MASA :
1.00 - 2.30 petang
 
TEMPAT :
Makmal Komputer,
SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru
 
MODERATOR :
En. Azrol Hakimi Bin Zainol Abidin
En. Khatib Bin Mohamed
 
PENGLIBATAN :
Semua Guru (WAJIB)
 
* Pastikan anda membawa ID dan Password masing-masing. Contoh :
 
ID : ZAHARUL12@Yes.My
Password : 10 digit nombor kad pengenalan

 

Thursday, 28 August 2014

CUTI SEKOLAH

HARI KEMERDEKAAN KE-57

31 Ogos 2014

*Sekolah akan bercuti pada hari Isnin / 1 September 2014. Harap maklum.


Wednesday, 27 August 2014

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

2 - 5 September 2014

GURU BERTUGAS

Pn. Hjh. Hasnah Binti Abdullah
Cik Dewi Hartini Binti Razali
Cik Nur Syafiqah Nawiya Binti Suhimi
Pn. Sharifah Binti Mat Yusof
Pn. Norhanita Binti Saadudin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Nor Aisah Binti Ariffin
(Penolong Kanan HEM)

SELAMAT BERTUGAS!

Thursday, 21 August 2014

AKTIVITI SEKOLAH

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

TARIKH :
Khamis / 28 Ogos 2014

MASA :
7.00 malam

TEMPAT :
Dewan Terbuka,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru


Wednesday, 20 August 2014

AKTIVITI SEKOLAH

PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI MURID
UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2014

TARIKH :
Khamis / 28 Ogos 2014

MASA :
7.30 - 11.30 pagi

TEMPAT :
SJK (C) Man Ming, Gopeng

ANJURAN :
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
dan
SJK (C) Man Ming

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

25 - 29 Ogos 2014

GURU BERTUGAS

Pn. Fauziah Binti Zahidin
Cik Nor Azlina Binti Hashim
Pn. Nur Azurawati Binti Yusof
En. Mohd Shah Rizal Bin Zainuddin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ahmad Rodi Bin Mohamed Zainuddin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

SELAMAT BERTUGAS!

KATA PUJANGGA

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.

-Saidina Abu Bakar r.a-


Wednesday, 13 August 2014

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

18 - 22 Ogos 2014

GURU BERTUGAS

Pn. Rosimah Binti Pandak Udin
Tn. Syed Dany Faizal Bin Said Md. Nasir
Pn. Zuraina Binti Daud
Pn. Nor'Asikein Binti Jamil @ A. Wahab
Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Salamiah Binti Ahamad
(Penolong Kanan Kokurikulum)

SELAMAT BERTUGAS!

TAHUKAH ANDA?

AKTIVITI SEKOLAH

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
2014

TARIKH :
Isnin / 18 Ogos 2014

MASA :
7.30 pagi

TEMPAT :
Dewan Terbuka,
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru


Wednesday, 6 August 2014

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

11 - 15 Ogos 2014

GURU BERTUGAS

Pn. Hjh. Rohana Binti Zakaria
En. Ismail Bin Yusof
Pn. Nurhafizah Binti Ali
Pn. Salwani Binti Abd. Razak
Pn. Nur Ilyana Binti Ahmad Sabri

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

SELAMAT BERTUGAS!

TAZKIRAH SYAWAL

PUASA SUNAT SYAWAL, GANTI DAN ZIARAH
 
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati daripada tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"Kau, dah hari ke berapa dah?"

"Aku dah lima hari dah ni"

"Esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Perkara ini menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Hal ini agak terpuji tetapi dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Perbuatan itu boleh menjadikan seseorang merasa riak, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah dan puasa sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang mengajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa sunat - yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha? Jawapannya sudah tentu adalah puasa qadha. Hal ini terbukti daripada hadis Qudsi yang sohih yang bermaksud;

"..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hamba-Ku dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..."
(Riwayat Al-Bukhari, No 6021)

Hadis tersebut sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal, jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 hari, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama pada bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah dia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu ketika itu. Hal Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Namun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana dia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagi seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin dia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud;

"...barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.."
(Riwayat Al-Bukhari, No. 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar daripada sunat Syawal. Hal ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu gabung sunat dan qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan sunat syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Hal ini kerana, sepengetahuan saya tiada dalil yang khusus membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujah-hujah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat Isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain. Hal ini kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan qadha pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut yang bermaksud;

“Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban."
(Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Walau bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal daripada Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Hal ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud;

"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari dari daripada Syawal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)."
(Riwayat Al-Bukhari, No 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

7. Hujah ulama yang mengharuskannya adalah hadis

"Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan."
(Riwayat Bukhari, No 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram, jika tidak, niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini. Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
 
<Dr. Zaharuddin Bin Abd. Rahman>