Tuesday 27 March 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
2-6 April 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Norwati
Pn. Nizam
Cik Dewi Hartini

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Berjimat cermat menggunakan kemudahan yang disediakan"



MUTIARA KATA

"Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat..."


Monday 19 March 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
26 Mac-30 Mac 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Fadzillah
Cik Faridah
En. Ismail Mohsein

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Mentaati ibu bapa"



~Song for your beloved parents~
"Number One For Me" by Maher Zain

TAZKIRAH

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." 

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

1. Bertaubat 
2. Menyesali dosa yang dilakukan 
3. Tidak tergila-gilakan dunia 
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 
5. Tinggalkan sifat berbangga 
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu 
7. Meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


Tuesday 6 March 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
19 Mac-23 Mac 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Nurhafizah
Pn. Nur Azlina
Tn. Syed Andy Fazrin

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohd. Yusniza Bin Mohd. Redzuan
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Faedah menyertai kegiatan kokurikulum"



CUTI SEKOLAH


Monday 5 March 2012

KATA PUJANGGA

"Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya..."
-Saidina Abu Bakar r.a-

Saturday 3 March 2012

AKTIVITI SEKOLAH

MAJLIS TADARUS AL-QURAN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON A
DAERAH KINTA SELATAN
TAHUN 2012

TARIKH
3 Mac 2012 / 10 Rabiul Akhir 1433H

TEMPAT
SK Gopeng, Tmn. Gopeng Baru

MASA
8.00 pagi

PENUTUPAN RASMI OLEH
Pn. Nor Razan Binti Awang Teh
(Penyelia Pendidikan Islam dan Moral PPD Kinta Selatan)

* Semua warga SKGTGB dan ibu bapa dijemput hadir

Friday 2 March 2012

AKTIVITI SEKOLAH

PELANCARAN KEMPEN SIFAR SAMPAH
PERINGKAT SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa Pelancaran Kempen Sifar Sampah peringkat sekolah akan diadakan pada tarikh dan masa seperti di bawah :


TARIKH
Isnin / 5 Mac 2012
MASA
Waktu Perhimpunan
TEMPAT
Dewan Terbuka SKG TGB
URUSETIA
Jawatankuasa Kecil 3K