i-THINK
Apakah Program i-THINK?
Program i-THINK adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Apakah yang diharapkan daripada Program i-Think?
* Dengan menggunakan Alat Berfikir (Thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
* Aktiviti banyak berpusatkan murid.
* Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
* Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.