Sunday, 26 August 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
3-7 September 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Raudah
Pn. Salasiah
Pn. Syarifah Norazizah

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Apa kata hati?"

MUTIARA KATA

“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta...”
- Imam Ali Bin Abi Talib - 


Monday, 13 August 2012

HARI KEBANGSAAN

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55
TAHUN 2012


31 OGOS 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
27-30 Ogos 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Zalekha
Cik Hermalina

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ramli Bin Ahmad Rozali
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Erti kemerdekaan"

CUTI SEKOLAH

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Pihak admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SKGTGB yang beragama Islam. Di kesempatan ini pihak admin mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata dan bahasa. Semoga pemergian Ramadhan Al-Mubarak memberi rahmat dan keberkatan dalam mentarbiahkan diri kita. Akhir kata daripada pihak admin, selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.Semoga berjumpa lagi di sesi persekolahan yang akan datang..Maaf Zahir Batin..

CUTI SEKOLAH : 17-26 OGOS 2012  

DOA AKHIR RAMADHAN

DOA AKHIR RAMADHAN

" Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Kau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Zat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keredhaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini.

Selamatkanlah aku di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang terus-menerus. Demikian pula, dengan rahmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berterusan.

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan."

Amin Ya Rabbal'alamin..


Tuesday, 7 August 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
13-17 Ogos 2012

GURU BERTUGAS
En. Ahmad Redzuan
Pn. Nor Fazila
Cik Norazlina

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Rukun Negara : Kedaulatan Undang-Undang"


LAILATUL QADAR


Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar).

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari).

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari).

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim).

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi).

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

GURU BESAR BAHARU

GURU BESAR
SK GOPENG, TAMAN GOPENG BARU


Pihak admin dan warga sekolah mengalu-alukan kedatangan Pn. Hjh. Shariffah Hafidzah Binti Meor Hassan, Guru Besar SK Gopeng, Taman Gopeng Baru berkuatkuasa pada 1 Ogos 2012 yang lalu.