Wednesday, 16 January 2013

RENUNGAN

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA :

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz 

Manusia – Nak makan, laparlah ??  
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah….  
Syaitan – Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa 

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?  
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..  
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!! 

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah? 


Manusia – Azan sudah kedengaran..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan  
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?. 

Manusia – Eh, eh…. tak boleh tengok ini, berdosa…  
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !  
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie.. 

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa  
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia.. 
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?.. 

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain  
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..  
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2… pandai2lah? 

Manusia – aku telah berdosa..  
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. 
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali..rugila.. (kalau sempatla) 

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!  
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ….  
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh? 

Manusia – Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?   
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…  
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

No comments:

Post a Comment