HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16
September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura
bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku
pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31
Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut
bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan
dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16
September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan
masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan
merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung
Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan
cuti am di semua negeri di Malaysia.
No comments:
Post a Comment