Saturday 28 March 2015

AKTIVITI SEKOLAH


BERITA


TANJUNG TUALANG - Pasukan pemantun SK Gopeng, Taman Gopeng Baru terus unggul apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan 2015 yang telah diadakan pada 26 Mac 2015 yang lalu, bertempat di SK St. Paul, Tanjung Tualang, Perak. Barisan pemantun sekolah terdiri daripada 5 orang murid iaitu adik Fatin Nur Arifah Binti Mohd Faizal, adik Nur Mirza Nafeesa Binti Mohamad Zaini, adik Nazirah Binti Samsul Bahri, adik Muhammad Haikal Naim Bin Mohd Hasnan dan adik Muhammad Luqman Hakim Bin Mohamad Nizam. Turut cemerlang di dalam pertandingan tersebut ialah adik Nur Mirza Nafeesa Binti Muhammad Zaini yang telah berjaya menjadi Pemantun Terbaik. Mereka akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Perak 2015 yang akan diadakan pada 24-25 April 2015 di SM St. Benedict Convent, Batu Gajah, Perak. Tahniah diucapkan kepada para pemantun sekolah. Syabas juga kepada Pn. Nizam Binti Baharuddin (Pengurus Pasukan) dan Pn. Nur Azlina Binti Ayob (Jurulatih) yang telah berjaya membimbing mereka hingga ke puncak kejayaan. Tahniah!

BERITA


IPOH - "Kami pecah rekod sekolah!" Itulah kata-kata kegembiraan yang sempat diucapkan oleh ketiga-tiga orang peserta acara 200m (B12) selepas berjaya buat pertama kalinya dalam sejarah SK Gopeng, Taman Gopeng Baru membawa pulang pingat sulung bagi acara lari pecut. Mereka ialah adik Adrieana Binti Mohd Idrus (Pingat Perak 200m P12), Hani Binti Rosdi (Pingat Gangsa 200m P12) dan Syed Adli Bin Syed Fuad (Pingat Gangsa 200m L12). Mereka telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kinta Selatan 2015 yang telah diadakan di Stadium Ipoh, Perak pada 24-27 Mac 2015 baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada para pemenang. Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada Tn. Syed Dany Faizal Bin Said Md. Nasir (Pengurus Pasukan), En. Azrol Hakimi Bin Zainol Abidin (Jurulatih) dan En. Khatib Bin Mohamed (Guru Pengiring) yang telah banyak membantu menguruskan pasukan elit olahraga sekolah. Teruskan usaha. Kejayaan anda, kebanggaan kami!

Thursday 26 March 2015

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

30 Mac - 3 April 2015

GURU BERTUGAS

Cik Nor Azlina Binti Hashim
Pn. Nurul Nadiyah Binti Md. Yusuf
Pn. Norwati Binti Yusof
Pn. Dalila
Pn. Nurul Ain Binti Mohd Yusof

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pn. Nor Aisah Binti Ariffin
(PK HEM)

SELAMAT BERTUGAS
 

AKTIVITI SEKOLAH


Friday 13 March 2015

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

23 - 27 Mac 2015

GURU BERTUGAS

En. Ismail Bin Yusoff
Pn. Hjh. Rohana Binti Zakaria
Pn. Faridah Binti Tajuddin @ Bakar
Pn. Syafiqah Nawiyah Binti Suhimi
Cik Nor Azura Binti Ab Rahman

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ahmad Rodi Bin Mohamed Zainuddin
(PK Pendidikan Khas)

SELAMAT BERTUGAS
 

AKTIVITI SEKOLAH


CUTI SEKOLAH

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

14 - 22 Mac 2015


Thursday 5 March 2015

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH

9 - 13 Mac 2015

GURU BERTUGAS

En. Muhammad Ismail Mohsein Bin Harun Na'aemi
Pn. Rosimah Binti Pandak Udin
Pn. Mazurah Binti Masood
Pn. Noor Emiliya Binti Abd. Lateh
Cik Hermalina Binti Adnan

SELAMAT BERTUGAS

LAPORAN AKTIVITI


LAPORAN KEJOHANAN

MERENTAS DESA SKGTGB 2015


TARIKH  : RABU / 4 MAC 2015
MASA     : 2.30 - 4.30 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN KG. PULAI, GOPENG

          Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Gopeng, Taman Gopeng Baru yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKGTGB dengan kerjasama Unit Sukan SKGTGB. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Acara merentas desa ini hanya melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Seramai 186 orang murid yang mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru telah mengambil bahagian.

          Aktiviti bermula seawal jam 2.00 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing serta mengedarkan baju rumah sukan. Pada jam 2.15 petang, para hakim mengambil kehadiran murid-murid untuk 1 markah kehadiran bagi setiap murid. Selepas itu, En. Azrol Hakimi B. Zainol Abidin memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 2.2 km bagi murid lelaki dan murid perempuan mengelilingi kawasan Kg. Pulai, Gopeng. Seterusnya, pada jam 2.30 petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan dibantu oleh Pn. Faridah Bt. Tajuddin.

          Tepat jam 3.00 petang, acara merentas desa bagi kategori perempuan dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh En. Zinal Ariffin B. Md. Raslan sebagai pelepas. Pada jam 3.30 petang pula, larian bagi kategori lelaki pula dijalankan. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota polis dari Balai Polis Gopeng. Ibu bapa juga turut hadir memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah.

            Pada jam 3.45 petang, Aktiviti berhenti rehat selama 15 minit. Tepat jam 4.00 petang, En. Azrol Hakimi B. Zainol Abidin mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah. Di kedudukan pertama ialah Rumah Biru (111 mata), kedua ialah Rumah Merah (85 mata), ketiga ialah Rumah Hijau (77 mata) manakala tempat keempat ialah Rumah Kuning (69 mata). 

        Selepas itu, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PIBG SKGTGB, En. Mohd Faizal Bin Replis. Hadiah disampaikan kepada 20 pemenang terawal bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Bagi kategori lelaki, Johan disandang oleh adik Syed Adli B. Syed Fuad (MERAH), Naib Johan disandang oleh adik Muhammad Haikal Azrin B. Mahathir (HIJAU) dan Tempat Ketiga pula dimenangi oleh adik Ahmad Akmal Firas B. Azman Jailani (BIRU). Bagi kategori perempuan pula, Johan disandang oleh adik Hani Bt. Rosdi (BIRU), Naib Johan disandang oleh adik Hetty Sarlene Bt. Mat Sani (BIRU) dan Tempat Ketiga dimenangi oleh adik Nur Fatihah Bt. Mohd Shah Rizal (KUNING).

           Aktiviti bersurai pada jam 4.30 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SKGTGB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.


Laporan disediakan oleh,                                                                                5 MAC 2015 

(EN. AZROL HAKIMI BIN ZAINOL ABIDIN)
Setiausaha,
Kejohanan Merentas Desa SKGTGB 2015.


Tuesday 3 March 2015

HEM

MAKLUMAN

Pendaftaran Tahun Satu Sesi 2016 dan 2017 dibuka mulai 1-30 Mac 2015. Ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Tahun Satu di pejabat sekolah pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sunday 1 March 2015

FAMILY DAY

FAMILY DAY SKGTGB 2015

TARIKH :
Ahad / 1 Mac 2015

TEMPAT :
Sahom Farm and Retreat, Perak