Tuesday 22 May 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
11-15 Jun 2012

GURU BERTUGAS
En. Ahmad Juahir
Pn. Haniza

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zamhuri Bin Tasir
(Penolong Kanan HEM)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Masa itu emas"



HIDUP BERIBADAT


CUTI SEKOLAH

CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2012

26 Mei - 10 Jun 2012

"Pihak admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKGTGB dan pengunjung blog. Di kelapangan waktu cuti ini, marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Luangkanlah masa dengan aktiviti yang bermanfaat, memperbanyakkan amalan sunat, berzikir dan menghadiri majlis-majlis ilmu..Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah..Akhir kata dari pihak admin, berhati-hati di jalan raya dan semoga kita bertemu lagi!"

~Wassalam~ 


MUTIARA KATA

"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Ingatlah, bicaralah sesedikit mungkin tetapi lihatlah dan dengarlah sebanyak-banyaknya..."

Tuesday 15 May 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
21-25 Mei 2012

GURU BERTUGAS
En. Azrol Hakimi
Pn. Rosimah
Cik Nor Azura

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Mohayaddin Bin Tasripin
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Berusaha mencapai cita-cita"



TAZKIRAH

DUGAAN MENGHAPUSKAN DOSA

Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya..."  
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian :
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah)



PEPERIKSAAN

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 
(PKSR 1)
TAHUN 2012

Tarikh
21-25 Mei 2012

Wednesday 9 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN


SAMBUTAN HARI GURU 2012


PENGENALAN HARI GURU MALAYSIA
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 
LOGO HARI GURU MALAYSIA


TEMA HARI GURU 2012
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

LAGU HARI GURU 2012
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
14-18 Mei 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Raudah
Pn. Salasiah
Pn. Syarifah Norazizah

PENOLONG KANAN BERTUGAS
Pemangku
(Penolong Kanan Kokurikulum)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Guru pembentuk jiwa"

KATA-KATA HIKMAH

"Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik..."
 -Hamka-

Thursday 3 May 2012

GURU BERTUGAS

GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
7-11 Mei 2012

GURU BERTUGAS
Pn. Zalekha
Cik Hermalina
En. Azizol

PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Zinal Ariffin Bin Md. Raslan
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TAJUK UCAPAN PERHIMPUNAN
"Bertolak-ansur"


KATA-KATA HIKMAH

"Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah..."
(Rujuk Surah Al-Baqarah:214)